GIVI M50.9 Atomic, piawaian ECE 22.06, saiz M-XXL, harga RM735

oleh Mohamad Hanif|
GIVI Malaysia baru-baru ini mengumumkan ketibaan model helmet baharu M50.9 Atomic yang memenuhi piawaian terkini ECE 22.06 (UN R22.06).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Helmet 'full-face' serba baharu itu direka untuk pemilik motosikal sports dan sports touring, dengan membawakan empat grafik menarik seperti Atomic White Blue Red, Atomic Titanium Silver Blue, Atomic Black Silver dan Atomic Silver Black.
 

helmet


Rekaan helmet ini dioptimasikan untuk tunggangan kelajuan tinggi, seperti bukaan liang atas yang lebih besar, 'chin curtain' bagi mengurangkan kemasukan angin, air dan bunyi bising, serta spoiler belakang untuk kestabilan.

Selain daripada ciri visor matahari terbina, pelapik dalam helmet juga boleh ditanggalkan untuk dibasuh.
 

helmet


Terdapat pilihan saiz M hingga XXL, dan boleh didapati di mana-mana pengedar sah GIVI dengan harga jualan RM735.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Top box aluminium ini mempunyai kapasiti 45 liter yang boleh memuatkan sebuah helmet flip-up,…
Aksesori Motosikal
Boks E450N2 edisi Rahmah itu hadir dengan ruang simpanan berkapasiti 45 liter, di mana ia mampu…
Aksesori Motosikal
Top box GIVI B32 Bold Gold Topcase Limited Edition mengekalkan reka bentuk dan asas yang sama…