GIVI lancar kotak simpanan B42N ANTARTICA - kapasiti 42 liter, bermula dari RM420

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar aksesori motosikal ternama di dunia, GIVI baru-baru ini telah melancarkan sebuah produk baharu kotak simpanan B42N ANTARTICA Monolock Top Case.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penghasilan kotak simpanan ini merupakan hasil daripada kajian dan pembangunan yang berterusan, serta data yang diperoleh daripada penunggang motosikal bagi menjadikannya kotak simpanan terbaik pernah dihasilkan.

B42N Antartica dihasilkan menggunakan bahan Poliprolylene (PP) gred tinggi yang mampu memastikan ketahanan, keselamatan dan mudah diselenggara oleh pengguna.

 


Sistem kekunci pula adalah jenis MICRO 3 LOCKING SYSTEM, dan aspek keselamatan dipertingkatkan dengan penggunaan elemen prismatik reflektif yang terdapat pada bucu kotak simpanan ini.

Ia memiliki kapasiti sebesar 42 liter dan mampu memuatkan sebuah helmet modular, atau dua buah helmet Demi-jet dengan mudah.

Menurut On Hai Swee, Pengarah Urusan GIVI Asia berkata, "kami melihat produk E43 menjadi salah satu kotak simpanan paling popular di kalangan penunggang motosikal, disebabkan kapasiti yang besar dan bentuk yang mampu memuatkan barangan di dalam satu tempat.

"Oleh sebab itu, kami yakin produk B42N ini mampu menjadi salah sebuah kotak simpanan terlaris di pasaran.

 


B42N Antartica bakal dijual bermula Ogos 2020 di semua GIVI Point dan pengedar rasmi di seluruh negara dengan harga jualan dari RM420.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Sebagai info, ECE R22.06 merupakan kod standard piawaian homologasi terbaharu yang lebih ketat…
Model Terbaharu
M10.1 ACQUA DEMI JET merupakan produk helmet yang serba ringan, menampilkan rekaan klasik-moden…
Berita Domestik
Kursus yang dibuka kepada orang awam dan menumpukan latihan kepada cara-cara menunggang berkelompok…