GIVI lancar helmet baharu M35.0 Scudo - lapan rekaan menarik, dari RM365

oleh Mohamad Hanif|
GIVI Asia Sdn Bhd hari ini secara rasmi melancarkan produk topi keledar jet M35.0 SCUDO yang mematuhi piawaian keselamatan terkini ECE R22.06.

Sebagai info, ECE R22.06 merupakan kod standard piawaian homologasi terbaharu yang lebih ketat untuk topi keledar yang diiktiraf di Eropah, dan diguna pakai di negara-negara luar seluruh dunia.
 

GIVI


Terdapat beberapa penambahbaikan dilakukan terhadap kriteria kelulusan ujian makmal bagi aspek seperti penembusan, impak linear berkelajuan tinggi serta impak sisi.

Menurut GIVI, biarpun dibangun mengikut piawaian yang ketat, helmet M35.0 SCUDO ini diinovasi mengikut bentuk kepala penunggang motosikal di negara Asia yang lebih bulat berbanding bentuk kepala orang Barat yang lebih lonjong.
 

Scudo


Disebabkan itu, helmet terbaharu ini menampilkan rekaan kerangka bersaiz kecil (S, M, L) dan rekaan kerangka yang besar untuk pengguna bersaiz XL & XXL.

Antara ciri lain termasuklah dua jenis visor yang disediakan (visor anti-calar dan visor matahari), ciri bukaan cepat "Micrometric Quick Release Buckle", serta ventilasi udara di bahagian depan atas dan belakang.
 

SCUDO


Terdapat lapan pilihan grafik yang segar untuk dipilih seperti Solid Ice White, Solid Grey, Graphic Draco Black Red, Graphic Draco Yellow Blue, Graphic Kraken Neon Yellow, Graphic Torch Black Blue, Graphic Ventura Grey Yellow, dan Graphic Ventura White Blue.  

Produk helmet GIVI M35.0 SCUDO akan berada di pasaran mulai September ini di GIVI Point dan pengedar sah GIVI di seluruh negara.

Kemaskini (29/08/2022): Harga jualan bermula dari RM365 untuk versi biasa, hingga RM410 untuk versi grafik.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
M10.1 ACQUA DEMI JET merupakan produk helmet yang serba ringan, menampilkan rekaan klasik-moden…
Berita Domestik
Kursus yang dibuka kepada orang awam dan menumpukan latihan kepada cara-cara menunggang berkelompok…
Berita Domestik
Penghasilan kotak simpanan ini merupakan hasil daripada kajian dan pembangunan yang berterusan,…