Giulia, Stelvio 2023 versi Facelift tampil dengan elemen klasik Alfa Romeo

oleh Mohamad Hanif|
Alfa Romeo baharu sahaja melancarkan versi facelift untuk kedua-dua model sedan Giulia 2023 dan SUV Stelvio 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika anda perasan, kedua-dua model ini membawakan perubahan pada bahagian unit lampu utama, di mana ia sebenarnya merujuk kepada elemen rekaan yang terdapat pada model klasik Alfa SZ coupe tahun 1980-an.
 

Alfa Romeo


Unit lampu LED matrix itu turut dipadankan dengan ciri suluhan adaptif, sementara lampu belakang Giulia diberikan kemasan telus pandang manakala Stelvio pula diberikan efek asap dengan kemasan hitam berkilat.

Bahagian bukaan pada bawah bampar dan jeriji tiga segi itu turut dikemaskini.
 

Giulia


Kemasan pada ruang kabin pula terdiri daripada penambahan skrin baharu TFT bersaiz 12.3 inci dengan tiga mod paparan Evolved, Relaxed dan Heritage yang mengambil inspirasi daripada rekaan meter kereta klasik Alfa era 1960-an dan 1970-an.

Untuk kedua-dua model facelift ini, Alfa Romeo telah menambah varian baharu Competizione dengan ciri eksklusif seperti cat kelabu kusam, angkup brek merah, peredam adaptif, papan pemuka balutan kulit serta penawaran rim 21 inci untuk model Stelvio.
 

Alfa


Bergantung kepada pasaran, Alfa Romeo Giulia 2023 dan Stelvio 2023 boleh didapati dengan pilihan trenkuasa termasuklah enjin diesel turbo 158 hp RWD, serta enjin 2.0 liter diesel turbo 207 hp atau enjin 2.0 liter turbo 276 hp yang dipadankan dengan sistem pacuan semua roda.