Giugiario Kangaroo - supercar offroad dengan lampu "signal" paling besar

oleh HEZERI SAMSURI|
Perekabentuk kereta yang memang lagenda, Giorgetto Giugiario dan anaknya telah menghasilkan satu kereta konsep yang memang unik - Kangaroo.

Supercar elektrik ini didakwa mampu membuat pecutan 0-100 kmsj dalam masa 3.5 saat dan mempunyai kelajuan maksimum 250 kmsj dan jarak perjalanan sejauh 450 km dengan sekali caj.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
kangaroo 1

 

Ia juga mempunyai sistem stereng 4-roda dan Kangaroo ini juga mempunyai jarak lega bumi yang tinggi seperti sebuah SUV. Dalam erti kata lain, ini ialah supercar yang mampu pergi offroad.

Kesemua itu tidak sepenting bahagian belakang Kangaroo ini. 

Gril di bawah lampu belakang itu sebenarnya ialah unit-unit LED halus yang boleh menyala untuk membentuk anak panah besar bagi memberitahu anda ia akan membelok.

Namun begitu, sekiranya pemandu tidak menggunakannya, lampu secanggih dan sebesar itu pun tetap tiada gunanya.


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Setakat ini, tidak ada satu pun perancangan mantap yang mampu diberikan oleh pihak-pihak itu…
Berita Global
Jika anda masih ingat dengan konsep SUV yang cuba dibawakan oleh Giugiario dan anaknya menerusi…
Berita Global
GFG Style, sebuah syarikat automotif yang diasaskan oleh pereka terkemuka Giorgetto Giugiario dan…