Gitar Lexus khas dengan warna asal Structural Blue model LC 500

oleh Mohamad Hanif|
Lexus bukanlah satu jenama yang dikaitkan dengan alat muzik, namun salah satu alat muzik bergerak yang paling syahdu di dunia sebenarnya menggunakan nama Lexus, iaitu Lexus LFA bernadi V10 yang mendapat sentuhan daripada Yamaha.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak pernah pula terfikir Lexus akan menawarkan produk alat muzik, namun baru-baru ini Lexus bekerjasama dengan Fender untuk menghasilkan 100 unit gitar khas LC Stratocaster yang dilayangkan dalam warna Structural Blue, iaitu warna yang sama digunakan pada Lexus LC 500 Convertible Inspiration Series.
 

LC


Menurut Lexus, warna Structural Blue itu sebenarnya tidak menampilkan langsung elemen biru, ini kerana ia adalah disebabkan oleh gangguan cahaya, serta lapisan-lapisan bahan yang tidak berwarna dicantum bersama untuk mencipta satu warna terunggul.

Leher gitar ini pula dipahat daripada kayu maple api 3A dan dikemaskan dengan bahan urethane berkilat tinggi, sementara bahagian papan jari pula  diperbuat daripada Richlite, satu bahan komposit yang dipilih berdasarkan sifat tona, kestabilan struktur dan tahan kepada kehausan dan kelembapan.
 

LC


Fender juga turut menyediakan bekas khas penyimpanan gitar kustom yang dibaluti bahan vinil bertekstur gentian karbon, serta dikemaskan dengan kulit hitam, dan tidak ketinggalan logo Lexus yang disulam kemas pada bahagian dalam.

Menurut prinsipal Fender Ron Thorn berkata, "sebagai seorang peminat sejati kereta, projek gitar ini merupakan satu projek yang sangat menyeronokkan. Kami amat yakin dengan spesifikasi teknikal untuk menjadikan ia sebuah gitar Lexus yang hidup, dan saya tidak sabar untuk melihat bagaimana semua orang bersungguh-sungguh melayani hasil kerja ini.