Giliran Porsche Cayenne Coupe pecah rekod Nurburgring - 7 minit 38.925 saat!

oleh Mohamad Hanif|
Bulan lalu, Careta telah menyiarkan sebuah artikel berhubung perancangan Porsche memperkenalkan sebuah Super SUV bagi melawan pesaing-pesaingnya seperti Lamborghini Urus dan Bentley Bentayga.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia bukanlah perkara main-main, memandangkan Porsche baru-baru ini selesai memecahkan rekod baharu di Litar Neraka Hijau (sepanjang 20.82 km) dalam kategori "SUV, off-road vehicle, van, pick-up" oleh Nurburgring GmbH dengan catatan masa 7 minit 38.925 saat.

Catatan ini sekaligus memadamkan rekod terdahulu yang dicapai oleh Audi RS Q8 iaitu 7:42.253.

 

 


Dalam cubaan tersebut, Porsche menggunakan khidmat pemandu Lars Kern, dan memasang Cayenne Coupe dengan tempat duduk perlumbaan, sangkar keselamatan, serta menggunakan tayar Pirelli P Zero Corsa 22 inci yang dibangunkan spesifik untuk model ini.

Beberapa laporan mencadangkan Super SUV Cayenne Coupe ini bakal mendapat enjin 4.0 liter bentangan V8 turbo berkembar yang menghasilkan 631 kuasa kuda, ditambah dengan talaan kepada suspensi yang menjadikannya lebih lincah.

 


Bentuk badan Cayenne Coupe dipilih memandangkan ia memiliki titik graviti yang jauh lebih rendah, sesuai dengan sifatnya sebagai sebuah SUV yang serba pantas.

Malah, Cayenne Coupe ini juga dikhabarkan bakal mendapat sistem aerodinamik aktif.

Baca: Porsche Cayenne Coupe