Giliran Mazda tutup kilang

oleh HEZERI SAMSURI|
Mazda akan menutup kilangnya di Jepun untuk tempoh 10 hari dalam bulan Julai kerana masalah kekurangan mikrocip.

Kilang yang terletak di kawasan Yamaguchi itu akan menghentikan operasi pengeluaran antara 5 ke 9 Julai dan 12 ke 16 Julai.

Sebelum ini, Subaru sudah mengumumkan penutupan kilangnya untuk sementara waktu kerana masalah yang sama.

Tinjauan Careta untuk industri automotif negara pula mendapati ramai vendor yang mengadu masalah lockdown yang memberi impak negatif kepada perniagaan masing-masing.

Ditambah dengan masalah bekalan mikrocip, industri automotif negara yang sememangnya tidak bergerak ke hadapan akan menghadapi risiko yang besar jika tidak ada perancangan baikpulih yang kukuh diumumkan.

* Laporan asal dari Reuters

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Proses Penilaian dan Pemilihan Global     Anugerah ini merupakan sebahagian daripada acara World…
Berita Domestik
Angka itu meningkat 71% berbanding RM34.8 juta yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu,…
Berita Global
Mazda6e UK dan Australia   Mazda6e versi Eropah    Di dalam artikel sebelum ini, Mazda telah…