Giliran Janna Nick membelasah Nabil

oleh Penyumbang Rencana 2|
Jika semalam Diana Danielle menjadi juara kategori Promotional untuk perlumbaan Vios Challenge di hadapan rakan-rakan lelakinya, kali ini Janna Nick muncul secara tiba-tiba dengan skil pemanduan yang sangat baik.

Janna yang terus melonjak ke hadapan sejurus selepas perlumbaan dimulakan dan Nabil mengekori rapat selama 18 pusingan.

Sebenarnya Nabil berjaya memotong Janna sehingga ke pusingan terakhir tetapi Janna yang tidak mahu mengalah memotong Nabil hanya beberapa selekoh sebelum garisan penamat.

Diana yang terpaksa menamatkan perlumbaan di pusingan keempat kerana melanggar dinding. 

Akim Ahmad juga menghabiskan perlumbaannya lebih awal kerana ditolak ke dinding oleh Khai Bahar.

Nabila Razali sekali lagi melanggar dinding konkrit, sama seperti nasibnya semalam.

 

vios race

 

Perlumbaan pusingan keempat dan terakhir untuk Toyota Vios Challenge akan berlangsung pada 27-28 April di Litar Antarabangsa Sepang.

Di bawah ialah senarai pemenang dalam Kategori Promotional untuk Toyota Vios Challenge Pusingan Ketiga Perlumbaan Kedua

KELAS PROMOTIONAL

1. Janna Nick
2. Nabil Ahmad 
3. Aiman Tino
4. Wany Hasrita
5. Akio Takeyama

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Toyota GR H2 Racing merupakan sebuah jentera lumba prototaip untuk perlumbaan Le Mans yang…
Berita Domestik
  “Siasatan awal mendapati kenderaan curi tersebut dijual semula sama ada di dalam negara atau di…
Berita Global
  Selain varian sedia ada, Toyota turut memperkenalkan Yaris Premiere Edition yang sarat dengan…