Giliran BMW X5 M pula melawat Litar Nurburgring

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah model prototaip yang disyaki SUV BMW X5 talaan M Division dikesan sedang bertawaf di Litar Nurburgring baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi satu rakaman video yang diperoleh, SUV berprestasi tinggi tersebut dilihat sedang diuji keberkesanan talaan yang telah dibuat terhadap casis dan sistem brek oleh M Division. 

BMW X5 M ini dikuasakan oleh enjin bentangan V8 4.4 liter turbo berkembar dengan kuasa sekitar 592 dan mampu memecut kurang daripada 4 saat dari 0-100 km/j.

Selain daripada penawaran talaan terhadap casis dan brek, visual luaran BMW X5 M juga berbeza daripada model standard, merangkumi bumper depan dan belakang yang direka semula, spoiler, rim yang lebih besar dan semestinya lencana M sebagai tanda ia sebuah kenderaan talaan M.

 


Tidak diketahui tarikh sebenar ia bakal dipertontonkan kepada umum, namun tempahan sudah pun dibuka di Amerika Syarikat dengan harga sasaran melebihi paras $100,000 (RM419k). 

Bagi memberikan gambaran bagaimana hasil akhir sebuah super SUV BMW X5 M, anda boleh melihat contoh yang dibangunkan oleh BMW Abu Dhabi, dengan modifikasi yang menyerupai spesifikasi sebuah BMW M sejati. 

 


BMW X5 'M' ini dilayangkan dengan warna sinonim M Division, manakala arca roda pula dihiasi dengan rim AC Schnitzer , hud aftermarket daripada Manhart Racing sebelum diakhiri dengan sistem ekzos Akrapovic.

Ruangan kabin pula banyak dikuasai oleh elemen merah, menampakkan SUV ini benar-benar direka untuk mengalahkan pesaing-pesaing terdekatnya. 
 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Rekabentuk gril bertemakan bintang dan planet Zuhal beserta "cincinnya" sementara roda aloi bersaiz…
Berita Domestik
Ia datang dengan kerangka ladder frame dan trenkuasa 4X4 sejati (Suzuki AllGrip Pro 4WD), seperti…
Berita Domestik
Difahamkan, suami mangsa sedang menjalankan urusan jual beli manakala kedua-dua mangsa berada dalam…