GIIAS 2022: Subaru BRZ, Toyota GR86 mendarat di Indonesia, dari RM250k

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di acara Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2022, pihak PT Toyota-Astra Motor (TAM) dan PT Plaza Auto Cipta masing-masing selaku pengedar rasmi kenderaan berjenama Toyota dan Subaru melancarkan duo kereta sports untuk pasaran Indonesia, iaitu Toyota GR86 dan Subaru BRZ.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Subaru BRZ 2022 merupakan model generasi kedua yang telah muncul pada November 2020, sementara kembarnya Toyota GR86 pula dilancarkan di peringkat global pada April 2021.

Kereta sports pacuan roda belakang itu kini menampilkan enjin 2.4 liter flat-four yang lebih berkuasa, menghasilkan 228 hp dan 249 Nm, sementara GR86 pula diberikan sedikit peningkatan kuasa kepada 232 hp @ 7,000 rpm dan 250 Nm @ 3,700 rpm.

Bukan sekadar teknologi kejuruteraan bampar semata-mata, terdapat perbezaan komponen yang digunakan pada kedua-dua model tersebut.
 

BRZ GR86


Menurut Toyota, GR86 sebenarnya telah ditala untuk pemanduan yang lebih responsif, dengan ekor yang lebih mudah untuk dibuang keluar - ikut atuknya AE86 - sementara Subaru BRZ pula ditala untuk lebih kestabilan dan keselesaan, dan mempunyai kecenderungan untuk sedikit understeer ketika di selekoh.

Harga jualan Toyota GR86 di Indonesia bermula dari Rp 922,000,000 (RM279,230) sementara Subaru BRZ 2022 pula bermula dari Rp 825,000,000 (RM249,853).

Selain daripada model GR86, TAM juga turut melancarkan beberapa buah model GR Sport, seperti Hilux GR Sport, Ayla GR Sport, Raize GR Sport, Yaris GR Sport dan juga Fortuner GR Sport.

Sumber: Autonetmagz 1, 2

Berita Berkenaan

Berita Global
Bersempena dengan sambutan ulang tahun yang ke-40, Toyota melancarkan kereta sports coupe Toyota…
Berita Global
Panggilan semula itu melibatkan sejumlah 8,915 unit, yang merangkumi 3,214 model BRZ dan 5,701…
Berita Global
Divisyen Toyota TRD kini menawarkan pakej GT Wing "GR Rear Wing"  untuk para pemilik GR86 bermula 1…