GIIAS 2021: Hyundai Creta 2022 facelift masuk pasaran Indonesia, harga dari RM81k

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai Motor Indonesia melancarkan secara rasmi crossover Hyundai Creta 2022 untuk pasaran Indonesia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dibina khusus untuk pasaran Indonesia, Hyundai Creta facelift ini membawakan perubahan yang agak ketara dan dilihat mengikuti elemen rekaan yang terdapat pada abangnya Hyundai Tucson.
 

Creta


Ini boleh didapati menerusi elemen Parametric Jewel Pattern Grille, lampu DRL LED yang tersembunyi, serta diikuti dengan rim aloi potongan berlian bersaiz 17 inci.

Sementara unig lampu belakang juga turut diberikan nafas baharu yang lebih moden.
 

Creta


Ruang kabin Hyundai Creta 2022 menampilkan unit panel instrumen digital 10.25 inci, skrin tengah bersaiz lapan inci, brek parkir elektrik, slot pengecasan peranti pintar tanpa wayar, bumbung suria panoramik, unit audio Bose, pembersih udara dan juga tempat duduk berventilasi.

Hyundai Creta 2022 turut didatangkan dengan ciri keselamatan seperti enam beg udara, Bantuan Pelanggaran Hadapan, Bantuan Mengikut Lorong, Bantuan Pengekalan Laluan, Bantuan Pelanggaran Titik Buta, Amaran Lintasan Trafik Belakang, serta Kawalan Kestabilan Kenderaan.
 

Creta


Dari segi kuasa, Hyundai Creta 2022 didatangkan dengan enjin 1,498 cc aspirasi natural yang mampu menghasilkan 115 hp dan 144 Nm, dipadankan dengan transmisi manual atau CVT (IVT).

Harga jualan Hyundai Creta 2022 bermula dari Rp 279,000,000 (RM81,449) hingga Rp 399,000,000 (RM116,481).

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada rakan media Paultan, imej Xpander facelift itu didapati menerusi laporan…
Berita Global
Ia merupakan salah satu calon yang sesuai untuk dibawa masuk ke pasaran Indonesia yang sememangnya…
Berita Global
Kali ini giliran Indonesia pula menerima secara rasmi model Civic Type-R generasi kelima dengan…