GIIAS 2021: Honda SUV RS Concept didedahkan

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi acara Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2021, Honda memperkenalkan model SUV RS Concept yang membawakan penampilan yang sporti disasarkan kepada golongan pembeli muda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini merupakan kali pertama Honda Indonesia menerapkan varian RS pada penawaran SUV, di mana sebelum ini varian RS hanya ditawarkan pada model-model seperti Brio, Mobilio, City Hatchback dan juga Civic.
 

RS


Menurut Honda, SUV RS Concept ini dibangunkan di Thailand dan ia juga merupakan model yang bakal ditawarkan sebagai ZR-V bagi melawan pesaing seperti Daihatsu Rocky, Toyota Raize, Hyundai Creta dan Kia Seltos.

Dari segi luaran, Honda SUV RS Concept membawakan rekaan lampu yang tajam, rekaan jeriji tanpa bingkai yang menyerupai model terkini Peugeot, liang sisi menegak pada bampar, aksen merah pada sesetengah tempat, serta warna dua tona dengan bumbung hitam.
 

RS


Sementara bahagian belakang pula menampilkan unit lampu LED, jalur LED yang menghubungkan logo H dengan lampu tadi, serta diakhiri dengan pemasangan skid plate pada bampar belakang.

Honda tidak mendedahkan butiran seperti unit trenkuasa, atau dimensi sebenar bagi model SUV RS Concept ini.


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Meskipun hadir dengan sesaran enjin yang kecil, Honda CB150X dilihat membawakan penggayaan yang…
Berita Global
Sama seperti Avanza, Daihatsu Xenia turut dibangunkan daripada pelantar DNGA (yang digunakan pada…