GIIAS 2021: Honda CB150X 2022 buka segmen baharu kelas 150 cc!

oleh Mohamad Hanif|
PT Astra Honda Motor baru-baru ini melancarkan secara rasmi motosikal kembara aras mula bersesaran 150 cc, Honda CB150X 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Meskipun hadir dengan sesaran enjin yang kecil, Honda CB150X dilihat membawakan penggayaan yang lebih kepada motosikal kembara adventure yang lebih besar, dan mampu memberikan pengalaman tunggangan jarak dekat atau jarak jauh yang lebih menyenangkan.
 

CB150X
sumber gambar: Autonetmagz


Ia turut dilengkapi dengan cermin penghadang angin yang tinggi, diikuti kedudukan bar hendal yang lebar dan tinggi, dan sistem pencahayaan LED untuk unit lampu utama.

Sementara sistem suspensi pula terdiri daripada fork jenis terbalik dan penyerap hentak tunggal di belakang, dengan jarak kelegaan tanah setinggi 180 mm.
 

CB150X
sumber gambar: Autonetmagz


Unit enjin bersesaran 150 cc DOHC sejukan cecair dengan sistem pancitan bahan api PGM-FI itu dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.

Skrin meter digital pula mampu memaparkan bacaan seperti posisi gear, penggunaan bahan api, kelajuan serta penunjuk waktu.

Honda CB150X boleh didapati dalam warna Volcano Matte Black, Glossy Red, dan Matte Green, sementara harga jualan di Indonesia bermula dari Rp 32,000,000 hingga Rp 35,000,000 (RM9,370-RM10,249).

Sumber gambar tambahan: Autonetmagz

Berita Berkenaan

Berita Global
Sama seperti Avanza, Daihatsu Xenia turut dibangunkan daripada pelantar DNGA (yang digunakan pada…
Berita Global
Ini merupakan kali pertama Honda Indonesia menerapkan varian RS pada penawaran SUV, di mana sebelum…