GIIAS 2019: Nissan Livina 2019 generasi baharu

oleh Mohamad Hanif|
Awal tahun lalu, Nissan telah melancarkan MPV tujuh tempat duduk Nissan Livina generasi baharu di pasaran yang mempunyai persaingan LMPV paling sengit, Indonesia.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Terima kasih kepada rakan media Paultan, kita di Malaysia dapat melihat dengan lebih dekat Nissan Livina generasi baharu ini. 

Adakah Tan Chong Motor akan membawa masuk model ini ke pasaran Malaysia? 
 

 


Seperti yang anda semua maklum, Nissan Livina secara asasnya merupakan produk rebadge daripada rakan sepakatan Mitsubishi Xpander, namun Nissan tidaklah tergamak mengambil bulat-bulat rekaan Xpander itu. 

Sebaliknya, anda boleh lihat sendiri bagaimana elemen gril V-Motion dengan kemas menghiasi ruang bumper hadapan, selain berjaya 'menghilangkan' elemen asal Dynamic Shield pada Xpander. 

Susunan lampu masih sama, namun rekaannya sedikit berbeza dimana Nissan Livina tampil dengan DRL LED yang lebih tirus yang mengapit komponen krom V-Motion itu tadi. 
 


Seperkara yang Nissan turut ubah ialah rekaan arca roda yang kini lebih bulat mengikut bentuk roda berbanding arca roda Xpander yang sedikit bersegi.

Manakala bahagian belakang pula anda boleh lihat penampakan elemen yang dibawakan daripada abang besarnya Nissan X-Trail, seperti lampu signatur LED dan bumper two-piece. 

Disebalik perubahan itu tadi, bahagian dalaman pula masih lagi sama di mana Nissan Livina hadir dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter dari Xpander yang menghasilkan 104 PS dan 141 Nm. 

Ia dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan.
 


Dengan padanan rim bersaiz 16 inci, jarak kelegaan tanah Livina mampu mencapai ketinggian 205 mm. 

Sistem hiburan pula didatangkan dengan ciri sambungan kepada Android Auto dan Apple CarPlay, manakala untuk pemandu pula diberikan skrin paparan info berbilang, sistem kemasukan tanpa kunci dan stereng tilt dan teleskopik. 

Kesemua varian didatangkan standard dengan dua beg udara hadapan, ABS, dan EBD manakala varian teratas pula menerima Bantuan Brek, Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) dan kamera undur. 
 


Harga jualan pula bermula dari Rp 198.8 juta (RM58,565) sehinggalah Rp 261.9 juta (RM77,153) untuk MPV yang dipasang seiring Mitsubishi Xpander di Cikarang, Jawa Barat.

Sumber: Paultan 

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan Livina sewaktu pelancaran 2019   Jarak kelegaan bumi Livina edisi terhad ini sama…