GIIAS 2019 - Honda lancar skuter kembara bersesaran kecil, ADV 150!

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan acara Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS 2019) yang kini sedang berlangsung, Astra Honda Motor mengambil kesempatan untuk memperlihatkan secara rasmi skuter kembara baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menariknya, model cilik kepada skuter adventure X-ADV ini sudah pun dipertontonkan kepada sekumpulan para pengamal media di Indonesia sebelum pelancaran rasmi. 

 


Banyak juga elemen daripada X-ADV dibawakan pada skuter bersesaran 150 cc ini, dan sudah pasti Honda mempelopori segmen yang belum pernah dibuat dek orang - skuter adventure bersesaran kecil.

Ciri lampu LED berkembar menghiasi ruang hadapan skuter ini, dengan penghadang angin yang boleh dilaras secara manual menambahkan lagi keunikan yang ditampilkan pada ADV 150 ini. 
 


Di bahagian hadapan, ADV 150 didatangkan dengan sistem fork teleskopik USD dan penyerap hentak Showa berkembar di bahagian belakang. 

Sama seperti Honda Winner X yang diperkenalkan di Vietnam sebelum ini, skuter ini juga turut didatangkan dengan sistem brek ABS dan Combined Brake System (CBS). 

Manakala tayar dual-purpose digunakan bagi membaluti rim aloi bersaiz 14 inci di hadapan dan 13 inci di bahagian belakang, menyerlahkan lagi imej skuter ini. 
 


Meneruskan lagi semangat X-ADV ialah penggunakan skrin paparan LCD yang memaparkan bacaan kritikal skuter kembara ini. 

Cuma, skuter ini didatangkan dengan enjin 150 cc silinder tunggal yang mampu menjana 14.5 PS pada 8,500 rpm dan 13.8 Nm pada 6,500 rpm putaran enjin, digandingkan dengan transmisi variomatik dan bukan transmisi DCT seperti X-ADV.

Pihak Astra Honda Motor menawarkan ADV 150 ABS pada harga bermula Rp 36.5 juta (RM10,758) manakala ADV 150 CBS pula sedikit rendah, iaitu Rp 33.5 juta (RM9,873) atas jalan Jakarta. 
 


Bagi kami, sangat menarik jika Boon Siew Honda membawa masuk model ini untuk menguji segmen yang masih belum ada pelopornya pada ketika ini. 

Skuter 150 cc dengan keupayaan kembara dan reka bentuk X-ADV yang sangat seksi itu, sudah pasti kami mahukan ia berada di tanah air Malaysia!

Sumber: Otomotifnet
Sumber gambar: Otomotifnet, 100kpj dan Autonet Magz

Berita Berkenaan

Berita Global
Terima kasih kepada rakan media Paultan, kita di Malaysia dapat melihat dengan lebih dekat Nissan…