Ghosn - sudah jatuh ditimpa tangga; Mitsu tarik jawatan pengerusi

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Carlos Ghosn, legenda pengurusan automotif yang masih ditahan di Jepun kerana disyakki tidak melaporkan pendapatan sebenarnya menerima satu lagi berita buruk apabila lembaga pengarah Mitsubishi sebulat suara menarik semula jawatan pengerusi yang diberikan kepada Ghosn.

Minggu lalu, Mitsubishi seolah-olah menyokong Ghosn apabila Osamu Masuko, CEO Mitsubishi berkata bahawa tiada seorang pun di dalam dunia boleh menggantikan Ghosn dalam menguruskan ketiga-tiga syarikat automotif yang bergabung itu (Renault, Nissan dan Mitsubishi).

Nampaknya lembaga pengarah mempunyai pandangan yang berbeza dan tidak mahukan lagi Ghosn berada di dalam syarikat itu.

Masuko berkata jika Ghosn meneruskan jawatan pengerusi di dalam syarikat itu, "Mitsubishi akan menerima risiko reputasi."

Ghosn dikenali sebagai penyelamat Nissan dan bersama Renault serta Renault, beliau menjadikan kerjasama itu sebagai kumpulan automotif yang menjual kenderaan terbanyak di dunia.

Pihak berkuasa Jepun masih menahan Ghosn di Tokyo dan peguamnya dapat bertemu dengan legenda itu sejam sehari.

Jepun juga sedang menyoal siasat Greg Kelly, bekas pengurus sumber manusia untuk Nissan yang disyaki membantu Ghosn dalam memalsukan laporan pendapatannya.

Berita Berkenaan

Uncategorized
Bekas Pengerusi Nissan, Carlos Ghosn ditangkap semula sebaik sahaja penahanan beliau tamat tadi.…
Berita Global
Mahkamah Daerah Tokyo telah memutuskan pengerusi Nissan, Carlos Ghosn dan Wakil Pengarah Greg Kelly…
Berita Global
Pengerusi Nissan Motor, Carlos Ghosn telah ditangkap pagi tadi di Yokohama atas tuduhan salah laku…