Ghosn ditahan 10 hari di Jepun; Renault tetap mahu beliau terus jadi ketua

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mahkamah Daerah Tokyo telah memutuskan pengerusi Nissan, Carlos Ghosn dan Wakil Pengarah Greg Kelly akan ditahan selama 10 hari.

Ghosn ditahan Isnin lalu selepas siasatan dalaman Nissan mendapati lagenda dunia automotif modern itu telah disyakki membuat salah laku yang membabitkan penggunaan wang syarikat dan tidak melaporkan jumlah pendapatan yang sebenar.

Laporan dari Kyodo News itu tidak pula memberitahu bilakan penahanan itu bermula.

Lokasi terkini Ghosn juga tidak diberitahu - sesuatu yang normal di dalam sistem undang-undang Jepun. Malah menurut undang-undang negara matahari terbit itu, Ghosn boleh ditahan selama 23 hari tanpa dituduh.

Ghosn boleh menerima hukuman maksimum penjara sehingga 10 tahun dan penalti sehingga 10 juta yen jika didapati bersalah.

Sementara itu, Renault dan kerajaan Perancis bersetuju untuk terus menjadikan Ghosn sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat kenderaan Eropah itu walaupun Nissan sudah tidak lagi mahukan Ghosn.

Untuk sementara waktu, Renault telah melantik Timbalan CEO Thierry Bolloré untuk menggantikan Ghosn buat sementara waktu.

Renault tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai bukti yang dikumpul oleh Nissan terhadap Ghosn.

Osamu Masuko, CEO Mitsubishi pula berfikiran ketiga-tiga syarikat automotif di bawah Perikatan Renault Nissan Mitsubishi.

"Saya kira tidak ada seorang pun di dunia ini yang boleh menggantikan Ghosn dalam menguruskan ketiga-tiga syarikat automotif itu," ujar Masuko kepada pemberita di Tokyo.

Hiroto Saikawa, CEO Nissan sebelum ini pernah berkata bahawa beliau menolak penyatuan Nissan dan Renault.

Renault memiliki 43.4 peratus saham Nissan sementara Nissan memiliki 15 peratus saham Renault dan 34 peratus saham Mitsubishi.


 

Berita Berkenaan

Uncategorized
Bekas Pengerusi Nissan, Carlos Ghosn ditangkap semula sebaik sahaja penahanan beliau tamat tadi.…
Berita Global
  Carlos Ghosn, legenda pengurusan automotif yang masih ditahan di Jepun kerana disyakki tidak…
Berita Global
Pengerusi Nissan Motor, Carlos Ghosn telah ditangkap pagi tadi di Yokohama atas tuduhan salah laku…