GFG Style Kangaroo - supercar off-road dengan lampu membelok gergasi!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika anda masih ingat dengan konsep SUV yang cuba dibawakan oleh Giugiario dan anaknya menerusi Kangaroo yang pernah kami bawakan sebelum ini, kini ia sudah rasmi diperkenalkan kepada umum. 

Baca: Kangaroo - SUV konsep dari Giugiario

Seperti yang anda lihat pada gambar rasmi yang dibekalkan, Giugiario dan anaknya menerusi syarikat GFG Style membangunkan Kangaroo sebagai sebuah supercar yang mempunyai keupayaan off-road. 
 


Dengan jarak kelegaan tanah yang agak tinggi berbanding supercar tipikal, ini merupakan model ketiga yang menggunapakai konsep ini selepas Parcour (2013) dan diikuti oleh Audi Nanuk Quattro. 

Menurut kertas spesifikasi, Kangaroo memiliki jarak operasi sejauh 450 km, pecutan sepantas 3.5 saat dari 0-100 km/j dan kelajuan maksimum 250 km/j. 
 


Antara ciri menarik yang didatangkan termasuklah bukaan tingkap ala gullwing manakala bukaan pintu pula jenis gunting - menarik dan pelik dalam masa yang sama kerana pemandu terpaksa membuka dua benda yang berasingan untuk urusan keluar dan masuk.

Jika anda perhatikan dengan teliti, Kangaroo memiliki rekaan gril belakang, namun sebenarnya ia adalah gugusan lampu LED prisma yang membentuk corak lampu membelok yang sangat-sangat besar!

Bagi kami, adalah sangat mustahil untuk orang belakang tidak perasan melainkan spesis monyet yang tidak lekang peranti pintar dari tangan mereka. 
 


Bahagian papan pemuka pula menampilkan skrin kaca menegak yang bersambung dengan ruang pemegang cawan yang disambungkan dengan konsol tengah. 

Model konsep Kangaroo ini akan dipamerkan menerusi acara Geneva Motor Show minggu ini, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia bakal memasuki fasa produksi ataupun tidak. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Panel juri seramai 60 orang yang terdiri dari para wartawan permotoran yang datang dari seluruh…
Berita Global
Namun, Kia nampaknya sudah pun bersedia untuk melancarkan SUV saiz pertengahan tersebut dengan…
Berita Global
Akhirnya, penantian kita untuk melihat kereta elektrik Honda pertama sudah pun tiba apabila…