German Air Force hantar Airbus A310 Medevac angkut pesakit COVID-19

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa minggu kebelakangan ini, kita telah pun melihat usaha beberapa syarikat penerbangan bagi membawa saki-baki rakyat Malaysia yang terperangkap di luar negara akibat COVID-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di luar negara, mod pengangkutan ini juga turut digunakan untuk membawa petugas-petugas kesihatan, serta kapal kargo untuk mengangkut bekalan peralatan perubatan yang diperlukan.

 

 


Salah satu perkara yang menarik perhatian penulis adalah pesawat Airbus A310 Medevac (singkatan untuk medical evacuation) yang digunakan oleh German Air Force atau German Luftwaffe.

Airbus A310 Medevac ini diterbangkan oleh German Air Force untuk membawa pesakit daripada Itali menuju ke hospital-hospital di Jerman.

 

 


Pesawat khas ini memiliki kapasiti untuk membawa sehingga 44 buah katil termasuklah 16 buah katil untuk unit rawatan rapi (ICU) dan 25 orang staf perubatan pada satu-satu masa.

Dari segi luaran, ia hampir sama sahaja dengan pesawat yang lain, namun Airbus A310 Medevac ini didatangkan dengan kelengkapan perubatan termaju termasuklah ventilator, sistem paparan berbilang fungsi, alat pemantauan pesakit, unit ultrasound, ECG dan defibrillator.

 


Menurut laporan daripada akhbar tempatan, beberapa kerajaan negeri Jerman kini menawarkan dana untuk membawa pesakit-pesakit COVID-19 dari Itali dan beberapa negara lain di Eropah untuk dirawat di Jerman.

Selain daripada mod kapal terbang, pesakit daripada timur Perancis juga turut diangkut ke Jerman dengan menggunakan helikopter.

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Cadangan ini bakal dibentangkan dalam satu mesyuarat akan datang sempena sasaran syarikat pembuat…
Berita Global
  Menurut rakaman Tokyo Broadcasting System Television, kedua-dua pesawat itu masih berada di…
Berita Global
Senarai barangan itu merangkumi belon, pesawat layar, pesawat beserta alat ganti, payung terjun,…