Gergasi seru-pandu Grab, Gojek bakal bergabung?

oleh Mohamad Hanif|
Dua syarikat besar Asia Tenggara yang menyediakan perkhidmatan seru pandu dan penghantaran makanan Grab dan Gojek dilaporkan sedang dalam perbincangan untuk menyatukan kedua-dua syarikat tersebut.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Menurut laporan The Information, pertemuan dua belah antara pihak pengurusan tertinggi Grab dan Gojek semenjak dua tahun lalu kini dilihat memasuki fasa seterusnya. 

Penggabungan ini dilihat sebagai salah satu cara Grab dan Gojek untuk mengurangkan perang harga untuk perkhidmatan seru-pandu dan penghantaran makanan bagi mengelakkan kerugian operasi. 

Namun, seorang eksekutif tertinggi Gojek menegaskan bahawa sebarang perjanjian untuk mengurangkan subsidi dan menaikkan harga tambang adalah mustahil kerana ia bertentangan dengan undang-undang persaingan yang telah ditetapkan.

Gojek ketika ini sedang berusaha meningkatkan kutipan pelaburan Siri F dengan target $2.5 billion. 

Tahun lalu, Gojek telah menerima suntikan dana berjumlah $1 billion daripada pelabur seperti Google, JD.com. Tencent, Mitsubishi Corporation dan Provident Capital. 

Manakala Grab pula mensasarkan $6.5 billion untuk Siri H terbaharunya daripada pelabur sedia ada Invesco Ltd, serta syarikat besar dunia seperti Toyota, Oppenheimer Funds, Hyundai, Booking Holdings, Microsoft Corporation, Ping An Capital dan Yamaha Motor. 

Menurut laporan itu lagi, Grab mahukan penguasaan majoriti ke atas entiti gabungan tersebut, namun Gojek mahukan pembahagian 50-50. 

Sumber: The Information menerusi Amanz
Sumber gambar: Nikkei Asian Review

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut satu kenyataan, syarikat yang berpangkalan di Berlin itu merancang untuk menjual…
Berita Global
Electrum telah memulakan pembinaan kilang pemasangan motosikal elektrik pada bulan Jun lalu di Jawa…
Berita Domestik
Secara bersama, program itu bertujuan menukar 80,000 rakan kongsi pemandu dan rakan penghantaran…