Gergasi EV BYD bakal tembus pasaran Jepun bermula 2023

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat gergasi kenderaan elektrik dari China, BYD bakal menembusi pasaran Jepun bermula tahun depan.

Dalam satu pengumuman yang dibuat baru-baru ini, BYD merancang untuk memperkenalkan tiga model baharu, iaitu sebuah SUV Atto 3, kereta kompak Dolphin dan sedan Seal tanpa mendedahkan harga jualan rasmi.

"Kami mahu mempromosikan (kenderaan elektrik) pada harga yang mampu milik, dan dalam masa yang sama peka dengan keadaan pasaran semasa," ujar eksekutif BYD Jepun.

BYD Atto 3 yang telah dilancarkan di China awal tahun yang lalu mempunyai jarak gerak sehingga 485 km, sementara kedua-dua model sedan dan kereta kompak itu pula mampu mencapai jarak sekitar 500 km.

BYD mengumumkan langkah tersebut selepas pengeluar Jerman Mercedes-Benz merancang untuk meningkatkan bilangan model EV daripada dua kepada lima tahun ini, diikuti oleh Audi kepada lapan buah model.

Sumber: Japan Times

Berita Berkenaan

Berita Global
Beliau membuat kenyataan tersebut ketika Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) BYD 2025 yang berlangsung…
Berita Global
Lebih menarik, hatchback kompak itu bakal mencabar model petrol, hibrid dan EV popular di segmen B…
Berita Global
Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden Eksekutif BYD, Li Ke, yang menyatakan bahawa perbincangan…