Gerak Malaysia: Bas ekspres dan motosikal tidak dibenarkan untuk rentas negeri hingga 10 Mei

oleh HEZERI SAMSURI|
Perkhidmatan bas ekspres dan motosikal tidak dibenarkan untuk melakukan pergerakan merentas negeri mulai hari ini hingga 7 Mei.

Menurut Datuk Huzir Mohamed, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, keputusan untuk tidak membenarkan dua mod pengangkutan itu telah dilakukan lebih awal.
Modenas

"Sukar untuk melakukan penjarakan sosial bila mereka berada di hentian R&R dan sebagainya," ujar Huzir.

"Penerbangan domestik di Semenanjung dibenarkan tetapi untuk mereka yang ke Sabah dan Sarawak, mereka perlu memohon secara atas talian menggunakan platform yang telah disediakan oleh kedua-dua kerajaan negeri tersebut sebelum mereka membeli tiket penerbangan," terang beliau semasa sesi media khusus untuk Gerak Malaysia semalam.

Huzir turut mengingatkan bahawa hhanya empat penumpang dibenarkan untuk setiap kenderaan.

"Namun jika ada yang berkeluarga, ia terpulang pada budi bicara pegawai polis yang bertugas di sekatan jalan raya," tambahnya.

 

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
1. Saya dikehendaki untuk membuat liputan khusus bagi membantu mengurangkan risiko COVID-19 di…
Berita Domestik
Namun, kenyataan media yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini membenarkan…
Berita Domestik
Laporan Berita Harian menyebut, ada yang menyangka tidak perlu membuat permohonan jika mahu…