Gerak Malaysia akan dihentikan esok

oleh HEZERI SAMSURI|
Aplikasi Gerak Malaysia akan dihentikan esok.

Aplikasi itu digunakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan dan dibina khusus untuk mengesan dan merekod perjalanan individu semasa PKP.

Menurut kenyataan bersama Polis DiRaja Malaysia dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, semua pengguna dimintak untuk memadamkan aplikasi itu kerana ia tidak lagi relevan.

Pemberhentian Gerak Malaysia ialah kerana PKP Pemulihan tidak lagi memerlukan permit perjalanan merentas daerah atau negeri.

Namun begitu, PDRM dan SKMM merayu agar rakyat Malaysia memuat-turun dan menggunakan aplikasi MySejahtera untuk membantu pihak berkuasa menghalang dan mengawal penyebaran wabak pandemik Covid-19.

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Pada tahun 2019, Porsche telah melancarkan sebuah aplikasi mudah alih yang tidak menyediakan mana-…
Berita Domestik
Pada masa yang sama Motorist bersama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)…
Informasi
Hal ini pastinya akan menyusahkan diri sendiri dan pihak lain jika terjadi sesuatu yang tidak…