Gerai, kereta rosak akibat ribut di Kuantan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
Beberapa premis perniagaan dan kereta rosak dalam kejadian ribut di tempat tumpuan orang ramai di Pantai Kempadang di Kuantan petang Sabtu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Kempadang Saaban Awang berkata kejadian sekitar 3.30 petang itu menjejaskan kiosk dan gerai makanan selain kereta Perodua Kancil serta Naza Citra rosak akibat dihempap pokok tumbang.

"Saya difahamkan seorang wanita mengandung terperangkap di dalam Perodua Kancil itu namun berjaya keluar melalui tingkap kenderaan berkenaan dan dia selamat," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, pemandu kereta Naza Citra Zulfatihah Zainuddin, 31, berkata kejadian itu amat menakutkan, namun bersyukur beliau dan empat anaknya terselamat.

Beliau yang menetap di Bukit Rangin berkata kejadian pokok tumbang itu mengakibatkan cermin belakang keretanya pecah selain mengalami beberapa kerosakan lain.

"Semasa kejadian, banyak benda dah terbang, saya nak alihkan kenderaan tapi pokok tumbang atas kereta...memang panik ketika itu dan saya segera keluarkan anak-anak yang sedang menangis dan berselindung belakang batu," katanya

Kerja-kerja pembersihan pokok tumbang di lokasi berkenaan telah dilaksanakan Unit Tindakan Khas Majlis Bandaraya Kuantan dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
SIC yang sedang melaksanakan kerja-kerja penurapan semula trek, bagaimanapun, mengesahkan tiada…
Berita Domestik
  "Kawasan yang dilanda ribut adalah Jalan Persiaran Hamzah Alang, Jalan Cempaka, Jalan Paip,…
Berita Domestik
  Katanya, bumbung berkenaan menghempap kereta milik mangsa menyebabkan cermin hadapan keretanya…