George Soros beli 20 juta saham Rivian

oleh HEZERI SAMSURI|
Pembuat trak pikap eletrik, Rivian Automotive Inc menerima pemilik saham terbaharu mereka, George Soros.

Soros, pelabur jutawan terkenal itu membeli sebanyak 19,835,761 unit saham Rivian dengan nilai lebih kurang US$2 bilion walaupun syarikat automotif itu belum mula menjual kenderaan mereka ke pasaran.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Amazon.com juga memiliki lebih kurang 20 peratus saham Rivian dan ia sudah menempah lebih dari 100,000 unit trak EV untuk operasi e-dagang.

Saham Rivian sebenarnya jatuh 9 peratus Jumaat lalu dan 43 peratus untuk tahun ini. Ia pernah meraih dana US$12 bilion semasa melancarkan sahamnya pada tahun 2021 tetapi kini nilai itu susut sebanyak 67 peratus.

Mungkin Soros ada rahsia yang tidak diketahui ramai.