Disifatkan sebagai pantas, berbakat dan progressif itu, bintang muda yang sedang meningkat naik itu dilihat berpadanan dengan jenama sukan itu.
Malah menurut George, PUMA merupakan jenama yang digemari dan digunakan sejak bertahun-tahun untuk latihan kecergasan, pakaian santai serta menjalankan tugas sebagai pemandu jentera F1 Mercedes-AMG.

"Saya mempunyai hubungan yang hebat dengan jenama ini dan ia menjadi satu penghormatan untuk menjadi sebahagian daripada keluarga PUMA," ujarnya.
James Clark selaku ketua unit pemasaran sukan permotoran dan operasi PUMA berkata, "Kami mengalu-alukan kehadiran George Russel ke dalam keluarga PUMA. Sikapnya yang bekerja keras dan berusaha untuk mencapai keputusan terbaik merupakan sebahagian daripada mantera "Forever Faster" PUMA.