Geng Ysuku kempunan ikan patin Temerloh

oleh Mohamad Hanif|
Sekumpulan lelaki yang melakukan aksi berbahaya ketika berkonvoi dari Kuala Lumpur semata-mata untuk menikmati hidangan ikan patin di sini terkejut apabila ditahan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menerusi Ops Samseng Jalanan hari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, aksi mereka dikesan kira-kira jam 11.15 pagi ketika sedang melakukan tunggangan dengan laju dan berbahaya seperti zig-zag dan menundukkan badan.

"Aksi sembilan lelaki itu dikesan bermula dari Kilometer (KM)105 sehingga KM115.

"Mereka dikatakan dari Kuala Lumpur ke Temerloh untuk makan ikan patin. Tidak lama kemudian, semua penunggang motosikal terbabit berhenti di Plaza Tol Temerloh sebelum ditahan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, kesemua mereka berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh untuk siasatan.

Katanya, polis turut menyita kesemua motosikal Yamaha Y15ZR.

Tegasnya, kesemua yang ditahan kini direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurut beliau, antara kes yang dikesan ialah majikan membenarkan pekerja menggunakan kenderaan…