Geng rempit Johor - Polis keluarkan hampir 1,000 saman

oleh HEZERI SAMSURI|
Gambar hiasan - superman Malaysia sedang beraksi di jalanraya awam atas alasan hobi yang sihat.
Polis Johor mengeluarkan sebanyak 989 saman dalam tempoh tiga hari ketika operasi Ops Motosikal yang berlangsung di negeri itu dari 18 ke 20 April.

Sebanyak 212 disaman atas kesalahan plet nombor tidak ikut spek dan 196 lagi kerana menunggang tanpa lesen. 

Menurut Ketua Polis Johor, Pesuruhjaya Datuk M. Kumar, polis juga telah menahan seramai 23 orang pemuda berusia antara 15 ke 25 tahun untuk disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas tuduhan menunggang secara cuai dan merbahaya.

Jika disabit kesalahan, mereka berdepan dengan denda maksimum sebanyak RM15,000 atau penjara sehingga lima tahun dan tidak dibenarkan untuk memegang lesen memandu Malaysia selama lima tahun.

Sebanyak 23 buah motosikal dirampas atas seksyen yang sama dan 180 buah lagi ditahan kerana pelbagai kesalahan lain termasuk menunggang tanpa lesen, plet nombor tidak ikut spek dan sistem ekzos yang tidak menurut piawaian.

Gejala rempit nampaknya masih lagi berleluasa dengan meluas dan walaupun risiko nyawa mereka melayang itu cukup tinggi, tetapi mungkin nilai keseronokan itu ialah objektif utama mereka di dalam dunia.

* Laporan penuh di The Star

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, perbuatan tersebut boleh menjejaskan kawalan kenderaan, mengganggu tumpuan pemandu…
Berita Domestik
"Daripada jumlah itu, sebanyak 87 stesen minyak terletak di kawasan sempadan manakala 64 lagi…
Berita Domestik
"Kenderaan itu disahkan milik sebuah kementerian. "Ia mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah…