Geng Motosikal NZ ikrar jaga keamanan masjid ketika solat Jumaat

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Berikutan kes tembakan yang berlaku di Christchurch minggu lalu, sekumpulan ahli geng bermotosikal di New Zealand berazam untuk menjaga keamanan masyarakat Muslim ketika menunaikan solat Jumaat. 

Geng-geng motosikal terkenal seperti Mongrel Mob, King Cobra dan Black Power masing-masing berikrar untuk melindungi komuniti Muslim sekitar seluruh negara Kiwi tersebut.

Insiden Christchurch mengorbankan kira-kira 50 orang Muslim manakala 50 yang lain tercedera dalam kejadian yang berlaku pada 15 Mac yang lalu. 
 


Presiden Mongrel Mob, Sonny Fatu menawarkan diri untuk melindungi Masjid Jamia yang terletak di Hamilton. 

"Kami akan terus menyokong dan membantu saudara Muslim kami tidak kira apa jua keadaan yang dihadapi," tegas beliau kepada agensi berita New Zealand, Stuff.

Sonny Fatu juga turut memberikan jaminan akan berpakaian yang sesuai serta tidak dilengkapi dengan sebarang senjata api ketika operasi perlindungan dijalankan. 

Menurut Asad Mohsin, ketua Komuniti Muslim Waikato bersyukur dengan bantuan pertolongan yang diterima daripada pelbagai lapisan masyarakat pasca insiden berdarah tersebut. 
 


"Kami akan sentiasa mengalu-alukan kehadiran mereka (geng motosikal) ke dalam kawasan masjid, mereka adalah sebahagian daripada kami, dan kami juga sebahagian daripada mereka. 

"Dalam Islam, tidak seharusnya kita menghakimi orang berdasarkan luaran semata-mata, mereka juga manusia dan kami menghargai sebagaimana mereka menghargai kehadiran kami," tambah beliau. 

Sumber: Business Insider

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat, dua lelaki tersebut berusia 30 dan 50 tahun telah…
Berita Domestik
    Difahamkan penunggang-penunggang motosikal itu bergerak secara konvoi dari beberapa buah…
Berita Domestik
Sanggup berkonvoi menaiki Yamaha Y15ZR sejauh lebih 100 kilometer dari Klang ke Muar untuk meragut…