Geng MotoGP lawat R&T Petronas di Itali

oleh HEZERI SAMSURI|
Pasukan MotoGP PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team dan PETRONAS Sprinta Racing melakukan lawatan sehari ke Pusat Penyelidikan dan Teknologi (R&T) di Turin, Itali sebelum berlumba untuk Grand Prix San Marino.

Ia adalah lawatan pertama oleh penunggang-penunggang pasukan tersebut yang terdiri dari Franco Morbidelli, Fabio Quartararo, John McPhee dan Ayumu Sasaki.

Turut hadir ialah pengurus pasukan  PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team MotoGP, Wilco Zeelenberg.

Pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team menggunakan pelincir Petronas Sprinta untuk jentera perlumbaan YZR-M1 mereka.

Pusat R&T itu adalah pelaburan bernilai US$60 juta untuk Petronas dan ia digunakan untuk memastikan Petronas mempunyai produk yang relevan dengan pasaran global dan juga untuk pasukan-pasukan sukan permotoran bertaraf antarabangsa yang ditaja mereka.

Mungkin suatu hari nanti Petronas boleh membawa media Malaysia ke sana untuk melawat pusat tersebut.


 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
BMW i4 M50 boleh dianggap sebagai kereta elektrik prestasi tinggi pertama dari BMW M, di mana ia…
MotorGP
Berdasarkan perubahan tersebut, GP Australia yang dijadualkan berlangsung pada 24 Oktober kini…
MotorGP
Beliau diberitakan menyertai pasukan Aprilia untuk MotoGP World Championship 2022. Menurut laporan…