Geng bikers Indonesia bantu jadi pengiring sukarela untuk ambulan

oleh HEZERI SAMSURI|
Sesiapa yang pernah ke Jakarta pasti mengeluh mengenai kesesakan lalulintas di kotaraya besar itu. Penulis sendiri pernah menunggu selama tiga jam untuk melepasi jalanraya sepanjang dua kilometer, menjadikan motosikal kenderaan paling sesuai di sana.

Masalah ini sebenarnya turut dirasai oleh kenderaan-kenderaan kecemasan sendiri, termasuk ambulan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Untuk membantu ambulan membawa pesakit Covid-19 ke hospital dengan lebih segera, sekumpulan penunggang motosikal di Jakarta secara sukarela menjadi "marshal" atau ketua konvoi bagi melancarkan perjalanan ambulan-ambulan tersebut.

Kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Indonesia Escorting Ambulance itu sebenarnya sudah wujud lebih dari empat tahun dan menurut salah seorang anggotanya, Sebastian Dwiyantoro, 24, beliau membuat sehingga 20 trip ke hospital dalam sehari.

 

 

Sebelum kes Covid-19 memuncak kembali di negara republik itu, Sebastian hanya membuat tiga ke empat trip sehari - menunjukan peningkatan kronik berkaitan jangkita Covid-19 di Indonesia.

Indonesia melaporkan lebih dari 20,000 kes baharu dan lebih dari 400 kematian sehari akibat penyebaran Covid-19 varian Delta itu.

Dengan 2.28 juta kes positif dan kematian lebih dari 60,500 orang, Indonesia kini adalah negara yang paling teruk terkesan kerana pandemik itu di wilayah Asia Tenggara.

Pemandu-pemandu ambulan berkata mereka sangat berterima-kasih kepada sukarelawan bermotosikal tersebut kerana membantu meleraikan trafik yang sesak.

Kerajaan Indonesia bakal menguatkuasakan perintah pergerakan yang lebih ketat untuk Pulau Jawa dan Bali bermula Sabtu ini sehingga 20 Julai bagi membendung kes penyebaran coronavirus.

 

* Laporan penuh di Reuters

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Budi Karya berkata, kemudahan proving ground tersebut akan dibina di Pusat Ujian Kelayakan Jalan…
Berita Global
Timbalan Penyelaras Infrastruktur dan Pengangkutan di Kementerian Koordinator Hal Ehwal Maritim dan…
Pelancaran Motosikal
Sedikit berbeza dengan model Alva One yang terdahulu, versi kemas kini terbaharu ini tampil dengan…