Genesis X Speedium Coupe muncul sebagai konsep GT elektrik

oleh Mohamad Hanif|
Genesis mahu menarik golongan peminat kereta sports berprestasi tinggi dengan memperlihatkan sebuah model konsep yang digelar sebagai X Speedium Coupe.

Model konsep GT berkuasa elektrik ini merupakan evolusi daripada model konsep X yang diperlihatkan pada tahun lalu, di mana ia kini menampilkan bahasa rekaan terbaharu yang bakal digunakan oleh jenama mewah dari Korea itu.
 

X


Daripada rupa luaran, boleh dilihat dengan jelas identiti sistem pencahayaan kuad yang dihubungkan dengan unit lampu nyalaan siang bagi menjadikan reka bentuk gril depan Crest yang lebih jelas kelihatan.

Menurut Genesis, pendekatan ini melambangkan transformasi jenama itu ke arah menjadi sebuah jenama elektrik sepenuhnya dengan barisan enam buah model menjelang 2030.
 

X


Di sebalik reka bentuk rim yang sporti itu terletaknya rotor brek berventilasi diikuti dengan angkup brek berwarna hijau-kuning.

Garis bumbung X Speedium Coupe serta rekaan tingkap sisi pula lebih mengingatkan kita kepada sebuah model Shooting Brake, sebelum diakhiri dengan spoiler ekor itik, serta bampar agresif yang menempatkan komponen diffuser.

Setakat ini, Genesis tidak mendedahkan secara terperinci spesifikasi jentera GT elektrik ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sasaran itu bakal dicapai melalui gabungan jualan model elektrik Hyundai Motor, Kia dan Genesis…
Berita Global
  Turut dilengkapi Kunci Digital dan sistem pembersihan udara berprestasi tinggi. Sistem canggih…
Berita Global
Dengan ciri ini, kumpulan Hyundai mampu menawarkan kemaskini berterusan dari segi keselamatan dan…