
Menggagumkan juga buat Genesis apabila mendahului carta keseluruhan industri dan juga segmen premium.
Kedudukan pertama ini adalah kali kedua berturut-turut buat Genesis yang menyaksikan pembaikan lima mata berbanding tahun lalu.
Satu lagi skor menarik ialah model Genesis G70 yang baru sahaja dilancarkan tahun lalu mencatatkan penilaian 60 PP100 untuk tahun pertama penjualan. Markah itu 30 mata lebih berbanding markah purata segmen kereta premium.
G70 adalah model yang cemerlang dengan memenangi sejumah pengiktirafan seperti Kereta Tahunan Amerika Utara 2019, Anugerah Kereta Tahunan MotorTrend 2019, pemenang kategori sepuluh terbaik Car and Driver 2019 dan sebagainya.

Kajian IQS kini memasuki tahun yang ke-40 dan merupakan penanda aras untuk kualiti kenderaan baharu yang dinilai dalam masa 90 hari pemilikan.
Kajian ini dibuat berdasarkan respon pemilik kereta tahun 2019 dan ia direka bagi memberikan maklumat kepada pengeluar untuk mengenalpasti masalah dan menambah baik produk mereka.
Untuk kajian ini, pengeluar Korea Selatan atau lebih tepat Hyundai Motor Group (HMG) yang memiliki dua lagi jenama iaitu Genesi dan Kia benar-benar cemerlang.
16 daripada 18 model keluaran HMG mendominasi tempat tiga teratas di dalam segmen masing-masing. Kelebihan model-model ini terletak pada sistem infohibur dan komponen elektronik.

Berikut ialah pencapaian di dalam J.D. Power 2019 U.S. Initial Quality Study (IQS) PP/100:
- Genesis - 63
- Kia - 70
- Hyundai - 71
- Ford - 83
- Lincoln - 84
- Chevrolet - 85
- Nissan - 86
- Dodge - 90
- Lexus - 90
- Toyota - 90
Penulis: Muhammad Md Tajudin