Genesis sambut kemasukan ke pasaran China dengan koreografi 3,000 dron!

oleh Mohamad Hanif|
Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa walaupun China merupakan pasaran automotif terbesar di dunia, dan Genesis bukanlah sebahagian daripada pasaran tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk meraikan kemasukan pengeluar automotif mewah ke pasaran tersebut, Genesis memulakan perniagaan dengan membawakan dua buah model baharu, iaitu sedan G80 dan SUV GV80, dan persembahan koreografi melibatkan lebih 3,000 unit dron!

 

 

Pameran koreografi itu digelar sebagai Genesis of Genesis yang membentuk pelbagai jenis grafik termasuklah silhouette G80 dan GV80, tangan gergasi, logo Genesis bersayap serta kata sapaan 'Hello, China'.

Menurut Markus Henne, CEO Genesis Motor China berkata, pelancaran jenama di pasaran China membuka lembaran baharu di dalam sejarah jenama kami. Genesis akan memfokuskan kepada pembinaan jenama pada peringkat awal, dan akan mendedahkan lebih banyak perancangan dalam menarik minat para pelanggan di China.

 

 

Genesis G80 merupakan sedan eksekutif (segmen E) dengan rekaan penggayaan fastback yang diperkenalkan pada tahun lalu, serta datang dengan tiga pilihan enjin iaitu:

  • Smartstream G2.5 T-GDi - 304 PS/422 Nm, 0-100 km/j 6.6 saat
  • Smartstream G3.5 T-GDi - 380 PS/530 Nm, 0-100 km/j 5.5 saat
  • Smartstream D2.2 CRDi - 210 PS/441 Nm, 0-100 km/j 8.6 saat

 


Sementara Genesis GV80 pula merupakan sebuah SUV saiz pertengahan, turut dilancarkan pada tahun yang sama, serta penawaran enjin petrol yang sama seperti sedan G80.

Namun, pilihan enjin diesel pula didatangkan dengan Smartstream D3.0 CRDi yang lebih besar sesarannya, dan berkuasa 278 PS serta daya kilas 588 Nm yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Terbaru Genesis Motor Europe memperkenalkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) unik GV70 Snow…
Berita Global
Seperti yang telah dijangka, permainan yang dibangunkan oleh Polyphony Digital itu kini menyertakan…
Berita Global
Sehingga Ogos 2023, pengeluar dari Korea Selatan itu akhirnya secara rasmi menghasilkan lebih satu…