Genesis GV60 2023 guna pengecaman muka dan cap jari, tak perlu kunci fizikal!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Genesis GV60 Face Connect
Genesis GV60 Face Connect
Sesetengah kereta pada hari ini tidak memerlukan pemandu untuk menekan butang alat kawalan jauh dan memulas kunci bagi membuka pintu dan menghidupkan enjin.

Cukup dengan menyimpan alat kawalan jauh di dalam poket, meletakkan ibu jari pada pembuka pintu dan menekan punat tekan henti-mula (push start button).

Apa yang lebih canggih? Guna teknologi pengecaman wajah dan cap jari!

Genesis Motor Europe melengkapi kenderaan utiliti sukan (SUV) GV60 2023 dengan ciri canggih teknologi pengecaman wajah pertama di dunia untuk sistem masuk tanpa kunci.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024
Genesis GV60

 

Turut dilengkapi Kunci Digital dan sistem pembersihan udara berprestasi tinggi.

Sistem canggih itu dikenali sebagai Face Connect yang membolehkan pengguna mengakses kereta mereka hanya menggunakan wajah.

Bagaimana sistem itu berfungsi? Melalui sensor pengecaman wajah dan pengawal pemprosesan imej pembelajaran mendalam (deep learning).

 

Genesis GV60 Face Connect

 

Sistem pengecaman wajah itu membolehkan pemilik GV60 membuka atau mengunci kereta tanpa menggunakan kunci fizikal. 

Proses penetapan sistem dibuat menggunakan aplikasi Genesis Connected Services (GCS).

Pengguna hanya perlu menggunakan kunci fizikal sekali sahaja bagi menetapkan profail untuk pengecaman wajah dan menghidupkan kereta menggunakan cap jari.

Proses itu beroperasi melalui indikator LED pada tiang B yang menyediakan maklum balas visual tentang status kereta.

 

Genesis GV60 Face Connect

 

Berkenaan keselamatan peribadi, kesemua maklumat disimpan di dalam perisian yang tersulit (encrypted) di dalam kenderaan dan diuruskan melalui Antara muka Manusia-Mesin (HMI).

Maklumat biometrik tidak dimuat naik dan disimpan dari jauh.

Teknologi gabungan pengecaman wajah dan cap jari dapat memudahkan pengguna tanpa perlu membawa kunci seperti biasa.

Teknologi begini bukan asing dan sudah digunakan pada jutaan telefon pintar dan memiliki ciri keselamatan yang tersendiri.

 

Genesis GV60 Face Connect

 

Tanpa kunci fizikal, pengguna tak perlu risau kunci tertinggal atau bersusah payah membawa bonjolan alat kawalan jauh di dalam poket atau beg tangan.

Genesis turut menawarkan Kunci Digital yang membolehkan pengguna memasuki, mengunci atau membuka kunci GV60 menggunakan telefon pintar atau jam pintar.

Sistem itu juga membolehkan pemilik berkongsi kunci masa nyata (real time) dengan tiga lagi pengguna dan kereta diakses melalui aplikasi digital dan tanpa kunci fizikal.

 

Genesis GV60

 

Sebagai contoh, suami, isteri atau anak yang perlu memandu kereta tanpa pemilik menyerahkan kunci fizikal kepada mereka.

Kunci maya itu boleh dikongsi melalui telefon pintar dan pemilik boleh menghadkan masa penggunaan kunci digital oleh pengguna lain.

Selain ciri canggih tersebut, kesemua varian GV60 2023 dilengkapi Ergo Motion dengan fungsi urutan untuk kerusi pemandu dan pemanas untuk kedua-dua kerusi depan dan belakang.

Turut dilengkapi stereng dengan fungsi pemanas dan larasan elektrik dengan fungsi memori. 

 

Genesis GV60

 

Pemandu dan penumpang boleh menikmati udara lebih segar dengan Sistem Penapisan Udara baharu yang dilengkapi penapis udara berprestasi tinggi.

Sistem itu berfungsi dengan mengesan kualiti udara di dalam kabin dan diaktifkan secara automatik apabila habuk semakin menebal.

Pencahayaan ambien dengan 64 warna berbeza pula ditambah pada bahagian bawah kabin untuk pengalaman pemanduan yang tenang.

Di United Kingdom, ada tiga varian GV60 2023 yang ditawarkan iaitu Premium, Sport dan Sport Plus.

Penulis: Muhammad Md Tajudin