Genesis GV60 2022 - crossover elektrik dengan jarak gerak 451 km, ada Drift Mode!

oleh Mohamad Hanif|
Genesis kini secara rasmi mendedahkan spesifikasi penuh crossover Genesis GV60 setelah gambar acah disiarkan beberapa ketika yang lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sama seperti model Hyundai Ioniq 5 dan Kia EV6, Genesis GV60 dibangunkan atas pelantar e-GMP (electric-Global Modular Platform) di mana ia menawarkan konfigurasi pacuan roda belakang secara standard atau pacuan semua roda.

Versi asas pacuan roda belakang dilengkapi dengan motor elektrik yang menghasilkan 225 kuasa kuda dan 350 Nm, sementara versi pacuan semua roda pula didatangkan dengan motor elektrik berkembar (satu untuk setiap gandar) yang menghasilkan kuasa setinggi 313 hp dan 605 Nm.
 

Drift


Tidak kira apa jua konfigurasi yang dipilih, kesemua varian didatangkan dengan pek bateri 77.4 kWh yang membenarkan jarak sehingga 451 km untuk versi RWD, dan 400 km untuk model AWD.

Sistem pengecasan 400/800V turut menyokong sistem pengecasan pantas sehingga 350 kW yang membolehkan bateri dicas dari 10 hingga 80 peratus dalam masa 18 minit sahaja serta fungsi Vehicle to Load di mana Genesis GV60 ini boleh bertindak sebagai unit penjana kuasa mudah alih.

Bagi mereka yang menginginkan prestasi penuh, Genesis GV60 boleh didapati dalam output 429 hp dan 605 Nm, dengan jarak gerak sehingga 368 km dan pecutan 0-100 km/j dalam 4 saat dengan menggunakan Boost Mode.

Tidak ketinggalan, ciri Drift Mode yang biasanya didapati pada model hot hatch.
 

GV60


Model yang didatangkan dengan sistem pacuan semua roda turut menampilkan Disconnector Actuator System yang membenarkan pemilik untuk bebas memilih pacuan roda belakang atau terus menggunakan sistem pacuan semua roda pada bila-bila masa mengikut kondisi pemanduan.

Untuk menjadikan pemanduan yang lebih mengujakan, Genesis GV60 didatangkan dengan sistem Road Active Noise Control, serta electric Active Sound Design (e-ASD) yang menawarkan pilihan bunyi futuristik, G-Engine yang menyerupai bunyi enjin pembakaran dalaman, serta pilihan bunyi motor elektrik E-Motor.

Selain daripada itu, Genesis GV60 turut didatangkan dengan ciri LSD elektrik dan Preview Electronic Control Suspension, di mana kedua-duanya akan menggunakan informasi yang didapati daripada kamera depan dan sistem navigasi untuk mengesan kehadiran halangan seperti bonggol jalan sebelum menetapkan kadar redaman suspensi yang bersesuaian.
 

GV60


Ruang kabin Genesis GV60 - seperti yang didedahkan sebelum ini - menampilkan beberapa ciri unik yang khusus untuk model ini sahaja, seperti sistem infotainmen generasi baharu, paparan kluster instrumen digital, paparan head-up, sistem bunyi Bang & Olufsen dengan 17 pembesar suara, ciri pengecaman muka Face Connect, serta tombol penukaran gear Crystal Sphere.

Ciri keselamatan juga merangkumi komponen seperti Bantuan Pengelakan Pelanggaran Depan (FCA), Bantuan Kekal Laluan (LKA), Bantuan Pengelakan Pelanggaran Titik Buta (BCA), Bantuan Pengelakan Pelanggaran Lintasan Trafik Belakang (RCCA), Bantuan Keluar Selamat (SEA), Bantuan Had Laju Pintar (ISLA), Amaran Tumpuan Pemandu (DAW), Bantuan Suluhan Tinggi (HBA), dan tidak ketinggalan ciri paparan keliling 360 darjah.
 

GV60


Harga jualan untuk Genesis GV60 setakat ini masih lagi belum diumumkan secara rasmi.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Turut dilengkapi Kunci Digital dan sistem pembersihan udara berprestasi tinggi. Sistem canggih…
Berita Global
  Bahagian dalaman GV60 sememangnya direka bergaya dan berseni mengikut falsafah Kecantikan Ruang…