Namun, apa yang menarik perhatian netizen masa kini adalah kehadiran sebuah kereta sedan yang digunakan sebagai kenderaan rasmi baharu, iaitu sebuah Genesis G90 Limousine.
Kelibat sedan panjang dari jenama mewah Korea ini dikesan ketika baginda menghadiri Majlis Pembukaan Penggal Persidangan Keempat DUN Johor yang ke-14 di Dewan Persidangan Dewan Negeri Johor di Iskandar Puteri semalam (12 Ogos 2021).
Sedan Genesis G90 ini memiliki dimensi yang agak panjang, iaitu 5,945 mm dengan kelebihan jarak antara roda 289.6 mm berbanding sedan G90 standard.
Kelebihan ini memberikan ruang kaki yang jauh lebih luas, sementara bukaan pintu belakang juga 38 mm lebih panjang bagi memudahkan urusan keluar dan masuk.
Di bawah hud, terletaknya enjin 5.0 liter bentangan V8 yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan, menghasilkan 425 kuasa kuda, namun terdapat pilihan enjin 3.3 liter V6 turbo berkembar yang mampu menghasilkan 365 hp.
Sebagai makluman, harga jualan sebuah sedan G90 Limousine ini bermula dari $138,000 (RM584,154) tidak termasuk opsyen penyesuaian spesifikasi bergantung kepada kehendak pelanggan.