Genesis G70 facelift bawakan ciri Quad Lamps sama macam 'abangnya' sedan G80

oleh Mohamad Hanif|
Adalah tidak menghairankan apabila sesetengah pengeluar mempunyai gaya rekaan yang menjadi identiti tersendiri bagi setiap model kenderaan yang dihasilkan.
Modenas

Lihat sahaja syarikat automotif Jerman seperti Mercedes-Benz, BMW, malah syarikat Jepun seperti Mazda juga mengamalkan bahasa rekaan yang seragam.

Tidak ketinggalan, syarikat pengeluar kereta mewah dari Korea, Genesis menerusi pengenalan model facelift sedan G70 baru-baru ini - hampir sama macam model Genesis G80.

 


Dari segi luaran, ia membawakan rekaan lampu utama berlapis yang digelar sebagai Quad Lamps yang lebih tajam, diikuti dengan gril hadapan signatur Genesis dengan bentuk yang sedikit berbeza.

Namun, penawaran lampu membelok pada fender G80 tidak ada pada G70, sebaliknya digantikan dengan bukaan udara sisi bagi tahap keberkesanan aerodinamik yang lebih optimum.

 


Menghiasi keempat-empat arca roda adalah set rim dengan rekaan yang dikemaskini, manakala di bahagian belakang pula menampilkan unit lampu Quad Lamps sebelum diakhiri dengan lip spoiler, dan tip ekzos berkembar berbentuk oval.

Memasuki ruang kabin, Genesis G70 facelift ini didatangkan dengan papan pemuka berorientasikan pemandu, sistem infotainmen 10.25 inci dengan paparan Genesis UI, serta menyokong kemaskini over-the-air, mod Valet dan slot pengecasan peranti pintar nirwayar.

 


Spesifikasi trenkuasa tidak didedahkan lagi oleh Genesis, namun terdapat beberapa laporan terdahulu yang menyebut Genesis G70 facelift ini tidak akan ditawarkan dalam versi transmisi manual.

Pelancaran rasmi Genesis G70 akan dilancarkan di pasaran Korea pada bulan hadapan, manakala pasaran Amerika Syarikat berkemungkinan besar menerima model facelift ini pada tahun hadapan.

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Sistem Nvidia Drive yang disebutkan itu merangkumi perisian dan perkakasan (software dan hardware)…
Berita Global
Namun, menurut laporan daripada Automotive News, ia diklasifikasikan atas sebab peribadi dan tidak…
Berita Global
Disebabkan wabak coronavirus yang masih belum reda, Genesis melancarkan secara rasmi sedan G80…