Generasi terakhir 1 Series dengan enjin menegak, pacuan roda belakang

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

1 Series mula diperkenalkan kepada umum sejak tahun 2004 dan generasi pertama didatangkan dalam dua bentuk badan yang berbeza, iaitu hatchback tiga pintu dan coupe dua pintu. 

Generasi kedua F20/F21 pula hadir dengan bentuk hatchback tiga atau lima pintu, namun apa yang menariknya, tidak seperti model-model hatchback sekelas dengannya, BMW mendatangkan 1 Series ini dengan konfigurasi enjin menegak dan pacuan roda belakang!
 


Namun, berita sedih bakal menamatkan 1 Series berpacuan roda belakang ini apabila BMW dikatakan akan mula menukarkan konfigurasi pacuan roda hadapan pada 1 Series dalam tempoh setahun dari sekarang. 

Untuk itu, bagi menghargai jangka hayat sebuah hatchback FR dengan enjin enam silinder sebaris ini, BMW Australia memperkenalkan 1 Series edisi khas M140i Finale Edition. 
 


Ditawarkan pada harga tambahan AUD $3,000 lebih mahal berbanding harga M140i standard, Finale Edition ini didatangkan dengan pelbagai aksesori tambahan seperti:

  • tip ekzos hitam krom
  • gril kidney berwarna hitam
  • rim aloi 18 inci 
  • slot pengecasan peranti pintar nirwayar
  • lampu utama LED
  • bumbung suria
  • sistem infotainmen 8.8 inci dengan audio Harman Kardon
  • upholsteri kulit

Bagi memberikan pengendalian yang lebih jitu, BMW 1 Series Finale Edition ini turut menerima sistem suspensi adaptif daripada M dan M Sport Brakes yang didatangkan dengan angkup berwarna biru.

 


Enjin enam silinder sebaris 3.0 liter turbo ini mampu menjana kuasa sehingga 335 hp dan daya kilas 500 Nm, dan dengan bantuan daripada transmisi automatik lapan kelajuan, kuasa tersebut diterjemahkan kepada pecutan sepantas 4.6 saat dari 0-100 km/j.

Manakala kelajuan maksimum pula dihadkan secara elektronik pada julat 250 km/j sahaja.
 


Sekiranya anda tidak kisah, BMW 1 Series generasi baharu bakal hadir selewat-lewatnya penghujung tahun ini dengan konfigurasi pacuan roda hadapan dan enjin empat silinder sebaris berkuasa 300 hp daripada BMW X2. 

Jadi, rebutlah peluang untuk memiliki generasi terakhir hatchback 1 Series berpacuan roda belakang ini pada harga $62,900 (RM182,167).

Berita Berkenaan

Berita Global
  Satu lagi segmen yang sedang membara ialah kereta bandar atau bersaiz kecil. Di jalanan…