Generasi kelima Kia Optima/K5 bawakan penampilan lebih berani

oleh Mohamad Hanif|
Lebih dikenali dengan nama Kia K5 di tanah tumpahnya minyak hitam asal, Kia Optima 2021 kini merupakan langkah terbaharu Kia dalam penawaran sedan saiz pertengahan dengan membawakan kemas kini rekaan yang lebih berani.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dari segi keseluruhan, sedan segmen D ini membawakan rekaan yang menjadi trend semasa - sportback - dan dengan garisan bumbung yang lebih dinamik menjadikan Kia Optima lebih sporty dan mampu menarik perhatian di jalan raya. 

 


Generasi baharu Kia Optima ini masih mengekalkan rekaan signatur gril hidung harimau Kia, namun dengan interpretasi serba baharu dan penampilan lampu nyalaan siang LED yang lebih agresif. 

Sementara di hadapan membawakan penampilan agresif, profil sisi Kia Optima pula lebih ringkas tanpa sebarang garisan badan yang tidak menyenangkan mata memandang. 

Rekaan signatur bermotifkan huruf V di bahagian hadapan itu turut dibawakan sama kepada gugusan lampu belakang jenis LED itu. 

 


Sementara itu untuk ruang kabin pula tiada sebarang gambar rasmi dibekalkan, namun menurut lakaran awal yang didedahkan, Kia Optima bakal membawakan layout papan pemuka serba baharu dengan kehadiran dua buah skrin utama yang lebih mesra pemandu. 

Dari segi dimensi, Kia Optima membawakan ukuran 4,905 mm panjang, 1,860 mm lebar di mana ia kini 50 mm dan 25 mm lebih panjang berbanding generasi terdahulu. 

 


Ketinggian asal juga turut direndahkan sebanyak 20 mm kepada 1,445 mm manakala jarak antara roda telah dipanjangkan daripada 2,805 mm kepada 2,850 mm. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Masih ingatkah anda gimik yang dilakukan oleh Proton Saga Knight ketika pengenalan model tersebut…
Berita Global
Samalah juga halnya dengan Kia, apabila mereka kini mengesahkan bahawa Kia Optima generasi baharu (…
Berita Global
Contoh yang dibawakan adalah Kia K5/Kia Optima generasi baharu di mana menurut laporan daripada The…