Generasi kedua Renault Captur 2020 - dimensi lebih besar, lebih ciri keselamatan

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Memandangkan Renault Captur sudah lama berada di pasaran, memang sudah tiba masanya untuk pengeluar dari Perancis itu untuk hadirkan model pengganti generasi baharu kepada crossover segmen B itu. 

Membawakan bahasa rekaan yang hampir serupa dengan adik beradiknya yang lain, Renault Captur kini tampil lebih bertenaga, dan lebih dinamik jika dibandingkan dengan model terdahulu. 
 


Jika dibandingkan dimensinya, Renault Captur 2020 kini lebih panjang 110 mm dan ia memberikan ruang kabin yang lebih luas, khususnya kepada ruang kaki penumpang belakang. 

Keluasan ruang kargo juga turut menerima tambahan 81 liter kepada 536 liter, selain menawarkan kira-kira 27 liter ruang storan tambahan di dalam kabin. 

Renault Captur dibangunkan atas platform CMF-B di mana para jurutera mampu membangunkan Captur untuk dimuatkan dengan trenkuasa elektrik hibrid E-Tech Plug-in hybrid yang akan ditawarkan bermula 2020. 
 


Sama seperti apa yang ada pada Clio hibrid, Captur hibrid juga akan dilengkapkan dengan enjin 1.6 liter, dua motor elektrik dan pek bateri 9.8 kWh, dan mampu bergerak sejauh 45 km dalam mod elektrik sahaja. 

Manakala untuk trenkuasa bahan bakar, Renault Captur boleh didapati dalam tiga pilihan enjin petrol dan dua enjin diesel seperti berikut: 

  • TCe 100 - enjin tiga silinder 1.0 liter turbo, 99 hp, 160 Nm
  • TCe 130 - enjin empat silinder 1.3 liter turbo, 128 hp, 240 Nm
  • TCe 155 - enjin empat silinder 1.3 liter turbo, 153 hp, 270 Nm
  • Blue dCi 95 - enjin 1.5 liter, 94 hp, 240 Nm
  • Blue dCi 115 - enjin 1.5 liter, 113 hp, 260 Nm
     


Varian terendah digandingkan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan manakala enjin paling berkuasa hadir dengan transmisi EDC klac berkembar tujuh nisbah kelajuan memacu roda hadapan sahaja. 

Ruang dalaman Captur juga kini tampil lebih moden dengan tiga saiz skrin paparan Easy Link yang berbeza, iaitu 7 inci, 7 inci dengan sistem navigasi serta 9.3 inci dengan sistem navigasi. 

Ketiga-tiga opsyen ini turut didatangkan ciri sambungan kepada Andoid Auto dan Apple CarPlay. 
 


Untuk kegunaan pemandu, skrin paparan digital TFT didatangkan dalam dua pilihan, iaitu tujuh dan 10 inci. 

Dari segi keselamatan, Renault Captur hadir dengan kelengkapan standard seperti alat pengesan papan tanda, Brek Kecemasan Aktif, Kawalan Pelayaran dengan ciri Pengehad Kelajuan, Kawalan Pelayaran Adaptif untuk Lebuhraya dan Kesesakan Trafik, Amaran Keluar Laluan, Bantuan Kekal Laluan, kamera keliling 360 darjah serta lampu suluh automatik. 

Renault akan mempamerkan crossover Captur ini secara rasmi pada acara Frankurt Motor Show September ini. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di peringkat antarabangsa, Captur berada di dalam generasi kedua selepas diperkenal pada 2019. …
Berita Global
Menerusi kerjasama kejuruteraan lencana dengan rakan sepakatan Renault, Mitsubishi ASX 2023 secara…
Berita Global
Terima kasih kepada rakan pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi, crossover ASX tersebut kini…