Generasi ke-4 Nissan X-Trail mula dijual di Jepun, eksklusif trenkuasa e-Power sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Selepas pengenalan model Kicks dengan trenkuasa e-Power yang dipertingkatkan, Nissan Jepun seterusnya melancarkan generasi keempat Nissan X-Trail.
Perodua Aruz for Nov 2022 MREC

Tidak seperti model X-Trail di Eropah mahupun di Australia, Nissan X-Trail spesifikasi Jepun didatangkan eksklusif dengan trenkuasa hibrid e-Power, dengan pilihan pacuan roda depan atau empat roda 4WD (e-4ORCE).
 

X-Trail


Sistem hibrid e-Power yang wujud pada X-Trail ini merupakan trenkuasa generasi kedua yang menampilkan enjin 1.5 liter petrol VC-Turbo, di mana menurut Nissan ia telah ditambahbaik dari segi kuasa, kelancaran dan juga kesenyapan berbanding generasi terdahulu.

Butiran terperinci trenkuasa e-Power ini tidak didedahkan, melainkan enjin tersebut hanya bertindak sebagai penjana kuasa untuk kegunaan motor elektrik dan tidak disambungkan terus ke roda.

Sementara varian 4WD e-4ORCE pula menampilkan penggunaan dua motor elektrik - tetapan yang sama digunakan pada model EV Ariya.
 

X-Trail


Tidak ketinggalan, teknologi pemanduan pedal tunggal (e-Pedal Step) yang akan mengaktifkan brek regeneratif ketika pemandu melepaskan pedal pendikit.

Untuk pasaran Jepun, Nissan X-Trail boleh dilayangkan dengan 12 pilihan warna serta lima pilihan warna dua tona, serta versi yang diubahsuai oleh Autech.
 

X-Trail


Ruang kabin pula menampilkan skrin kluster digital 12.3 inci, skrin infotainmen tengah 12.3 inci, paparan head-up 10.8 inci, sistem bunyi Bose Premium yang ditala khas untuk model ini, soket kuasa AC 100V (output maksimum 1,500 watt), serta pilihan upholsteri termasuk fabrik, kulit Nappa, Tailor Fit, dan bahan kalis air Cell-Cloth.

Ciri keselamatan yang dimuatkan termasuklah Nissan Safety Assist 360, serta fungsi semi-autonomi ADAS yang menjadi sebahagian daripada kelengkapan ProPILOT Nissan.

Harga jualan Nissan X-Trail bermula dari ¥3,198,800 (RM103,081) hingga ¥4,499,000 (RM144,980) untuk versi mercu G-e4ORCE 4WD.

Berita Berkenaan

Berita Global
Melihatkan kepada pelaksanaan undang-undang emisi di sana, sudah dapat dijangkakan penawaran X-…
Berita Global
Biarpun menggunakan platform CMF-C yang sama digunakan oleh Mitsubishi Outlander, Nissan X-Trail…
Berita Domestik
Warna baharu yang dimaksudkan itu adalah warna Monarch Orange untuk varian Nissan X-Trail 2.0 Mid,…