Generasi baharu Vios (D92A) - guna platform DNGA, pelancaran di Thailand Q3 2022

oleh Mohamad Hanif|
Nampaknya, pasaran sedan segmen B bakal dihangatkan kembali dengan kehadiran model baharu yang bakal diperkenalkan oleh Toyota menjelang beberapa bulan akan datang.

Menurut laporan daripada Headlightmag, sedan Vios yang sudah diperkenalkan sejak model pertama Soluna muncul pada Januari 1997 itu akan mendapat model generasi baharu (full model change) pada suku ketiga tahun ini (Q3 2022) di pasaran Thailand terlebih dahulu.

Model dengan kod pembangunan D92A itu akan dibangunkan menggunakan pelantar DNGA (Daihatsu New Global Architecture), dan bakal menampilkan rupa luaran yang diinspirasikan daripada model konsep Daihatsu DN F-Sedan yang muncul pada acara Gaikindo Indonesia International Auto Show 2017.
 

e:Smart Hybrid


Yaris generasi baharu ini akan ditawarkan dengan enjin empat silinder DOHC 1.2 liter NA, serta varian hibrid di mana kemungkinan besar Toyota akan menampilkan sistem yang ditampilkan pada model Rocky e-Smart Hybrid.

Difahamkan, nama Vios yang sudah digunakan sekian lama itu akan digugurkan dan digantikan dengan nama Yaris.
 

Vios


Mungkin sekali Toyota mahu mengikut jejak langkah Honda yang menyatukan model sedan dan hatchback di bawah satu nama tunggal.

Setakat ini, tiada sebarang info berhubung kehadiran model Yaris hatchback generasi baharu.

Sumber: Headlightmag

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati lelaki yang memandu kereta Toyota Vios itu dipercayai terlelap sebelum…
Berita Domestik
Polis telah berjaya mengesan dan menahan pemandu lelaki tersebut yang memandu secara melulu…