Generasi baharu Toyota Prius kekal sebagai kereta hibrid - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Meskipun Toyota kini sudah mempunyai produk elektrik tersendiri yang digelar sebagai beyond Zero (bZ), namun gergasi automotif Jepun itu tidak akan menjadikan produk Prius sedia ada sebagai sebuah kenderaan elektrik (EV).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut laporan daripada Autocar, Prius yang dijangka menerima kehadiran generasi baharu itu bakal menggunakan pelantar spesifik E3 yang merupakan gabungan daripada TNGA-C (Corolla) dan senibina elektrik bZ.
 

Prius


Tambahan pula, tempoh penjualan kenderaan berenjin (ICE) di Eropah dan UK yang masih sah sehingga 2030 membolehkan Toyota Prius mendapat generasi baharu dengan mengekalkan konfigurasi trenkuasa hibrid seperti generasi terdahulu.

Pengarah Pembangunan Produk dan Pemasaran Toyota Motor Eropah, Andrea Carlucci menjelaskan, "Toyota Prius merupakan ikon kepada jenama Toyota, dan ia harus mengekalkan peranannya sebagai peneraju dalam teknologi hibrid dan elektrifikasi.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1997, Toyota telah mengemaskini model Prius untuk setiap enam tahun.
 

Prius


Generasi baharu Prius dijangka membawakan teknologi bateri bipolar nickel-metal hydride yang mampu menghasilkan output yang lebih berkuasa serta menambah kecekapan terhadap sistem hibrid.

Beberapa media sebelum ini melaporkan generasi baharu Prius akan hadir menjelang lewat tahun 2022 dengan unit trenkuasa yang dikemaskini.

Malah, pada tahun 2025 Toyota dikatakan mahu memperkenalkan teknologi ICE berkuasa hidrogen untuk digunakan pada Prius PHEV.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada jumlah tersebut, hampir 200,000 unit terdiri daripada crossover subkompak Yaris Cross,…
Berita Global
Selain daripada itu, JCOTY telah memilih keicar Mitsubishi Delica Mini untuk memenangi anugerah…
Berita Global
Namun, disebabkan oleh tindakan segelintir pengedar yang tamak, Prius Prime kini dikategorikan…