Generasi baharu Toyota GT86, Subaru BRZ guna platform Toyota, kekal pacuan roda belakang

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Generasi baharu Toyota GT86 dan Subaru BRZ dilaporkan bakal menggunapakai platform daripada Toyota dan bukan daripada platform Subaru, menurut sumber yang memberitahu laman web Motoring Australia. 

Walaupun menggunakan platform Toyota, kereta sports kembar tersebut masih kekal dengan konfigurasi pacuan roda belakang. 

Keputusan untuk bertukar ke platform Toyota adalah disebabkan ketika ini Subaru Global Platform yang menjadi asas kepada kereta Subaru hanya dikhaskan untuk kereta berpacuan semua roda.

Seakan janggal pula apabila Toyota GT86 dan Subaru BRZ didatangkan dengan konfigurasi pacuan semua roda. 
 


Pemilihan penggunaan platform daripada Toyota pula mungkin satu pilihan yang tepat kerana platform TNGA yang menjadi asas kepada Corolla, Camry dan RAV4 sebenarnya lebih ringan berbanding platform terdahulu, selain kadar ketegaran kilasan casis yang lebih baik. 

Sudah pasti kedua-dua poin diatas lebih membantu generasi terbaharu Toyota GT86 dan Subaru BRZ untuk menjadi kereta sports yang terbaik di dalam kelasnya.

Sumber: Motoring.com.au

Berita Berkenaan

Berita Global
Terdapat lima pakej yang ditawarkan di bawah program tersebut, memfokuskan kepada trenkuasa,…
Berita Global
Ini adalah berdasarkan video trailer keempat yang baharu sahaja disiarkan di saluran rasmi Youtube…
Berita Global
Berita baik buat mereka yang mencari nadi Honda yang lebih berkuasa, Kpower Industries kini…