Menurut laporan daripada penerbitan Jepun Best Car Web, generasi kelima Suzuki Swift bakal menerima beberapa manfaat, seperti contoh platform yang ditambahbaik daripada senibina asal, atau menggunakan platform serba baharu.
Selain daripada itu, Swift generasi baharu juga dijangka menawarkan sekurang-kurangnya dua pilihan enjin yang lebih efisien berbanding penawaran sekarang iaitu:
1. enjin empat silinder sebaris 1.2 liter NA
2. enjin mild-hibrid empat silinder sebaris 1.2 liter
Sementara varian hot hatch Suzuki Swift Sport pula dijangka akan hadir pada tahun 2023 dan menampilkan enjin 1.4 liter turbo yang dinaiktaraf utnuk menghasilkan kuasa yang lebih tinggi berbanding angka output pada ketika ini (138 hp/230 Nm).
Dari segi keselamatan, generasi kelima Suzuki Swift ini juga dijangka akan dilengkapkan dengan pelbagai jenis kelengkapan keselamatan aktif dan pasif, selaras dengan kehendak pasaran semasa.
Sumber: BestCarWeb