Generasi baharu MX-5 bakal guna Skyactiv-Hybrid?

oleh Mohamad Hanif|
Mazda kini sedang mencari jalan untuk mengelektrifikasi trenkuasa untuk Mazda MX-5 generasi berikutnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Akan tetapi terdapat beberapa perkara yang harus mereka pertimbangkan sebelum mereka mampu memuatkan trenkuasa hibrid pada roadster Jepun paling popular itu. 

Menurut ketua unit R&D Mazda, Ichiro Hirose memberitahu Autocar, "saiz yang kompak dengan berat yang ringan adalah dua elemen penting pada MX-5, jadi walaupun dengan trenkuasa hibrid pada generasi akan datang, kami perlu memastikan dua elemen tersebut tercapai.

Kenapa Mazda secara tiba-tiba menaikkan isu ini?

 


Hal ini adalah disebabkan perubahan persepsi umum terhadap trenkuasa hibrid, berdasarkan penerangan ketua unit rekaan Mazda, Ikuo Maeda. 

"Kecenderungan umum terhadap aspek pemanduan kereta sports mungkin berubah, jadi kami juga perlu memikirkan apakah arah tujuan yang bakal ditunjukkan oleh masyarakat.

"Kami juga harus mencari penyelesaian dalam menemukan trenkuasa paling baik untuk memastikan berat yang ideal, namun berdasarkan keperluan dan beberapa aspek yang lain, opsyen lain juga harus dipertimbangkan.

"Secara jujur, saya tiada jawapan tetap untuk persoalan ini, akan tetapi kami perlu menghasilkan sebuah kenderaan di mana pengguna tidak perlu risau ia (MX-5) tidak mesra alam," ujarnya lagi.
 


Mazda sudah terkenal dengan falsafah Jinba Ittai - pemandu bersatu jiwa dengan kereta - jadi sudah pasti kualiti ini juga yang harus diteruskan dan dilihat pada penghasilan Mazda MX-5 generasi berikutnya.

Mazda MX-5 berjaya menjadi kereta sports dua tempat duduk paling laris dalam sejarah, di mana pada tahun 2016, Mazda telah memecahkan rekod Guinness World Record dengan angka satu juta unit MX-5. 

Semenjak ia mula dijual kepada umum, Mazda MX-5 berjaya mencapai unit produksi yang ke-250,000 pada 9 November 1992; unit ke-500,000 pada 8 Februari 1999; unit yang ke 750,000 pada Mac 2004; unit yang ke 800,000 pada Januari 2007 dan unit yang ke-900,000 pada Februari 2011. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Terbaru Mazda North American Operations (MNAO) mengumumkan kelengkapan dan harga MX-5 Miata…
Berita Global
Sayang sekali, ia bukanlah merujuk kepada kelahiran semula jenama Mazdaspeed, akan tetapi mereka…
Berita Global
Ia membawakan bentuk badan roadster yang dilengkapi dengan enjin tiga silinder sebaris 659 cc, dan…