Generasi baharu Mazda3 MPS tidak mungkin jadi kenyataan

oleh Mohamad Hanif|
Kita sudah pun melihat bagaimana generasi baharu Mazda3 mengambil bentuk yang disalin secara terus daripada kereta konsep Mazda Kai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pun begitu, berita ini mungkin kedengaran sedikit mengecewakan apabila Mazda tidak berniat untuk membawakan kembali kegemilangan Mazda3 MPS (Mazda Performance Series) seperti yang pernah diperkenalkan kepada umum pada tahun 2007.

 

Menurut naib presiden Mazda, Akira Marumoto berkata, "Mazda itu sendiri merupakan sebuah pemain kecil di dalam industri, dan segmen kereta berprestasi tinggi bukanlah perkara utama bagi kami.

"Jadi, tiada sebarang perancangan untuk mengembalikan versi MPS pada masa akan datang," ujar beliau. 
 


Generasi pertama hot hatch yang pernah dihasilkan oleh Mazda sebelum ini pada tahun 2007, menampilkan enjin empat silinder sebaris berkuasa turbo 2.3 liter MZR L3-VDT yang mampu menjana 263 bhp dan 380 Nm daya kilas maksimum sebelum disalurkan kepada roda hadapan menerusi transmisi manual enam kelajuan. 

Bukan itu sahaja, sistem mekanikal Mazda3 MPS ini turut dilengkapkan dengan limited slip differential (LSD) daripada GKN, sistem kawalan cengkaman, dan kawalan kestabilan dinamik, membolehkan ia memecut kurang daripada 6 saat dari 0-100 km/j. 
 


Generasi kedua Mazda3 MPS ini dihasilkan pada tahun 2010 sehingga tahun 2013, mengekalkan enjin MZR dan menampilkan beberapa perubahan seperti talaan baharu kepada ECU dan nisbah gear, memberikan lengkok kuasa yang lebih baik daripada generasi sebelumnya. 

Terima kasih kepada penambahbaikan yang dilakukan, Mazda3 MPS generasi kedua ini lebih pantas dua saat dalam ujian pecutan 0-100 km/j. 

Umum mengetahui, generasi baharu Mazda3 2019 hadir dengan beberapa versi enjin seperti berikut:

  • Skyactiv-G 1.5 liter - 114 hp, 150 Nm
  • Skyactiv-G 2.0 liter - 155 hp, 200 Nm
  • Skyactiv-G 2.5 liter - 184 hp, 251 Nm
  • Skyactiv-X 2.0 liter - 188 hp, 230 Nm
  • Skyactiv-D 1.8 liter - 114 hp, 270 Nm

Jadi, bagi mereka yang menginginkan prestasi daripada sebuah platform Mazda3, mungkin pilihan enjin di atas boleh dipertimbangkan.  

Berita Berkenaan

Berita Global
Sayang sekali, ia bukanlah merujuk kepada kelahiran semula jenama Mazdaspeed, akan tetapi mereka…
Berita Global
  Dari luar, Mazda3 untuk pasaran Jepun ini nampak sama sahaja kecuali warna baharu Ceramic…
Berita Domestik
Pemenang anugerah World Car Design 2020 dan Red Dot Design 2019 itu kini didatangkan dengan…