Generasi baharu Land Cruiser dikesan buat kali pertama di Rusia

oleh Mohamad Hanif|
Sementara generasi terkini Land Cruiser kian menghampiri kitaran akhir, kelibat generasi baharu SUV saiz penuh Toyota Land Cruiser yang sarat dengan pelekat samaran ini dikesan sedang diuji di Moscow, Rusia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Secara tidak langsung, ini merupakan penampilan pertama generasi baharu Land Cruiser yang diramalkan akan disebut sebagai Land Cruiser 300 Series.

Difahamkan, Land Cruiser 2022 ini tidak lagi menampilkan enjin besar bentangan V8, sebaliknya ia akan dikuasakan oleh nadi 3.5 liter V6 turbo berkembar hibrid, unit yang sama digunakan pada model Lexus LX500 pada ketika ini.

Ia mampu menghasilkan angka output 416 kuasa kuda dan 600 Nm.

 


Sementara versi diesel pula dijangkakan mendapat enjin 3.3 liter enam silinder sebaris, digandingkan dengan transmisi automatik 10 nisbah kelajuan.

Sistem pacuan empat roda pula adalah standard, dibantu dengan kelengkapan transfer case berjulat rendah.

Walaupun model yang diintip ini penuh dengan pelekat samaran, ia menampilkan beberapa ciri yang bakal diperlihatkan kelak termasuklah rekaan grill yang agak besar, sistem lampu utama projektor LED dengan lampu nyalaan siang LED terbina, serta unit lampu belakang yang nipis menyerupai Toyota RAV4.

 


Sementara bahagian dalaman pula menampilkan beberapa ciri menarik seperti penggunaan bahan premium, skrin infotainmen baharu bersaiz 12.3 inci jenis terapung, tempat duduk berventilasi dengan ciri pemanas, roda stereng dengan ciri pemanas, kawalan iklim automatik dan ciri-ciri moden yang lain.

Tidak seperti kenderaan moden yang mula mementingkan tema minimalis, rekaan papan pemuka serta konsol tengah masih lagi menampilkan kehadiran butang fizikal untuk beberapa fungsi seperti mod pemanduan, kawalan pelayaran adaptif, mod pemanduan empat roda dan sebagainya.

Namun, ciri yang paling penting ditunjukkan adalah butang pandu mula dengan sistem pengimbas cap jari terbina, ciri yang membolehkan sistem komputer mengesan pemandu dan sekaligus menetapkan konfigurasi yang diinginkan seperti tetapan suhu, posisi tempat duduk dan lain-lain.

 


Pesaing kepada model seperti Ford Explorer dan Nissan Armada ini bakal membuat kemunculan rasmi menjelang akhir tahun ini.

Sumber: Mag Auto Ru

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini adalah berdasarkan imej teaser terbaharu yang diterbitkan oleh Toyota sendiri, serta kehadiran…
Berita Domestik
Untuk makluman, Honda CR-V 2023 generasi baharu diperkenalkan secara rasmi di peringkat global pada…
Berita Global
Jadi adalah tidak mengejutkan apabila model ujian generasi ke-11 Honda Accord mula dikesan…